Tanah runtuh di Banjaran Titiwangsa pada malam tadi menyebabkan laluan semua kenderaan dari Gerik ke Kota Bharu terjejas. Runtuhan berlaku di laluan Jeli / Gerik, 1 km selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kejadian tersebut sebuah lori ayam dari Kelantan dikatakan terjatuh ke dalam gaung setinggi 40 kaki.

Lori ayam tersebut dimiliki oleh Keenor yang merupakan pembekal ayam terbesar di Kelantan. Di dalam Facebook pemilik lori ini, Tuan Jukee mengesahkan yang pemandu lorinya terselamat.

Beliau sempat berseloroh dalam status fbnya “smua lori ayam kltan trkndas.,esok smua bkalan ayam di kltn tiada.,darurat.,cuti.”

Semoga Allah berikan kesabaran kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan ini.

Sila kongsikan kepada sesiapa yang berkemungkinan ingin pulang ke Kota Bharu melalui jalan ini agar berwaspada.

Sumber: Jukee Kee

Like The Vocket di Facebook