Kesihatan kulit sentiasa menjadi topik hangat dan tumpuan ramai. Senario ini dapat dilihat dengan jelas dimana kebanyakan pengguna di Malaysia obses dengan janji manis produk krim kulit berbagai di pasaran yang tanpa pengesahan dan pendaftaran daripada pihak berkuasa.

Namun, ada segelintir pengguna di luar lebih gemar mengamalkan penggunaan bahan semula jadi dalam rutin penjagaan kulit harian. Difahamkan bahawa cara ini bukanlah pilihan buat mereka yang mahukan kesan cepat tetapi yang ingin memastikan kulit sihat untuk jangka panjang tanpa sebarang kesan sampingan.

Bagi anda yang ingin menjaga kesihatan kulit anda, berikut merupakan 3 bahan utama yang disarankan berdasarkan kajian saintifik.

1. Minyak

Slider_1_-_Trend-Mapping_The_Rise_Of_Face_Oil

Mengekalkan kelembapan kulit merupakan kunci utama kepada kulit yang sihat dan cantik.

Minyak banyak membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit seharian. Kajian turut menunjukkan minyak berkesan menjadi penghalang untuk membantu sel kulit melawan bahan-bahan asing serta sel kulit yang bermasalah.

Minyak juga lebih baik dan stabil berbanding dengan krim kerana ia lebih stabil dan tidak mengandungi air yang boleh teroksida.

Dengan menggunakan minyak secara harian pada kulit bermasalah, kesan positif dapat dilihat dalam menghilangkan masalah melibatkan jerawat, jeragat serta eczema, dan juga penuaan kulit.

2. Gabungan vitamin

pexels-photo-139751

Vitamin A, C dan E sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi kulit yang sihat. Vitamin A berkesan untuk memperlahankan kesan penuaan serta tindak balas daripada sinaran UV. Begitu juga dengan vitamin C.

Selain itu, individu yang kaya dengan vitamin A lebih sukar untuk mendapat penyakit yang melibatkan kulit. Sekiranya anda mempunyai kesan parut sama ada di wajah atau di badan anda, vitamin E antara yang diperlukan untuk mempercepatkan proses menghilangkan parut.

3. Minyak pati

bigstock-essential-oils-and-medical-flo-68243479-1

Minyak pati sangat berkesan untuk melembabkan kulit serta mengurangkan iritasi pada kulit. Misalnya minyak pati yang diekstrak daripada tumbuhan, para pengguna berpeluang mendapati parut akan hilang lebih cepat apabila kerap disapukan kepada wajah.

Seringkali tumbuhan seperti lavender, kalendula, kamomil dan rosemary antara dijadikan bahan khusus untuk memberikan yang terbaik buat kulit pengguna.

Dalam usaha untuk mengimbangi tugas seharian, pastinya sukar untuk terus kekal konsisten dengan penggunaan bahan-bahan tersebut secara berasingan.

Untuk mengekalkan kelembapan dan memperbaiki penampilan parut adalah lebih mudah sekiranya anda menjadikan Bio-Oil sebagai peneman harian anda. Gabungan bahan-bahan seperti yang disebutkan diatas serta disahkan pakar kulit antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai wanita.

Mengapa Bio-Oil?

Bio-Oil_AR__carton_photo__60ml_review

Bio-Oil diformulasikan daripada kombinasi minyak pati, vitamin yang dikhususkan buat kulit. Campuran bersama PurCellin Oil™ menjadikan minyaknya tidak melekit dan ringan untuk dipadankan dan mudah diserapkan ke dalam kulit. Anda boleh klik di sini untuk mengenali kandungan Bio-Oil secara menyeluruh sebelum mendapatkannya.

Sekiranya anda mempunyai parut dan kedutan, Bio-Oil sedia membantu anda. Tidak ada salahnya untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran serta tampil kulit muka yang halus mulus tanpa cacat cela.

 

Bio-Oil_AR__bottle_photo__60ml_review

Gunakan sedikit masa untuk memanjakan diri anda sebelum meneruskan rutin harian anda. Anda boleh dapatkan Bio-Oil dalam pelbagai pek pilihan mengikut saiz di rangkaian kedai atau farmasi berdekatan anda. Selamat mencuba!