Memiliki tekstur yang lebih halus dan tidak memiliki serat serta lebih berlemak, tidak hairanlah durian ‘black thorn’ dijual dengan harga mahal. Setiap kali musim durian tiba, harga durian sentiasa mencanak naik disebabkan permintaan tinggi.

Terbaharu, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook Abdul Ifwad yang berkongsi harga durian ‘black thorn’ di Singapura. Menerusi perkongsiannya, harga sebiji durian adalah $20 (~RM61.92) manakala 3 biji durian hanya berharga $50 (~RM154.79).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, dirinya turut tertanya-tanya kenapa harga durian di Malaysia mahal sedangkan Singapura import buah durian dan bukannya pengeluar seperti Malaysia.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga durian yang jauh lebih murah berbanding dijual di Malaysia. Malah, para netizen turut mengatakan harga buah durian bergantung pada permintaan pembeli.

Screenshot 2021-06-28 at 12.42.03 PM

Screenshot 2021-06-28 at 12.40.25 PM

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan harga durian yang murah di Singapura disebabkan kurangnya permintaan pembeli dan juga gred durian tersebut bukan ‘premium’.

Disebabkan pelaksanaan ‘total lockdown’ di negara kita, terdapat laporan mengatakan para peniaga durian mengalami kerugian kerana banyak durian tidak terjual tetapi masih dijual dengan harga yang mahal.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan durian pada pautan di bawah ini.

Harga Durian Ikut Kereta Pelanggan, Meningkat Berkali Ganda Jika Datang Guna Kereta Mewah

Durian Tidak Dibenarkan Masuk Ke Marikh Menurut Drama Sci-Fi The Expanse

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian