Apabila smartphone kehabisan bateri, ia umpama satu mimpi ngeri apabila bekalan elektrik diputuskan sewaktu bencana. Langsung tak dapat hubungi dunia luar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut ialah 3 cara untuk mengecas smartphone tanpa bekalan elektrik, dengan syarat, peralatan ini disediakan sebelum berlakunya bencana.

Artikel ini juga boleh membantu anda mendapatkan idea bagaimana untuk menjana tenaga elektrik sewaktu terdesak.

1. Menggunakan pengecas USB yang dikuasakan oleh dinamo.

Pengecas dinamo keluaran Tigra ini boleh mengecas bateri dengan putaran roda. Tentu anda teringat pada Rancho yang mengayuh basikal untuk mengepam keluar air dalam filem 3 Idiots.

Jika anda mahu buat sendiri, boleh lihat video ini. Sediakan motor bergear, kapasitor dan dock pengecas kereta sahaja.

2. Menggunakan periuk memasak berkuasa thermal.

Menurut blog Belanjagaji.com, periuk PowerPot ini boleh menukarkan tenaga thermal kepada tenaga elektrik.

3. Menggunakan bateri 9V, kunci dan dock pengecas kereta sahaja.

Dalam keadaan ini, syiling boleh ditukar dengan kunci atau wayar

Berhati – hati semasa membuat pengecas anda sendiri.

Sumber : Knowyourmobile dan Blog BelanjaGaji

Like page The Vocket di Facebook