Semalam kecoh di media sosial dan juga merupakan topik yang hangat diperkatakan apabila 4 kes positif wabak coronavirus dikesan di Malaysia. Hal ini menimbulkan rasa panik terutama sekali rakyat Malaysia.

Difahamkan, virus ini mungkin disebabkan oleh pasar basah yang menjual produk eksotik. Untuk pengetahuan anda, virus ini masih tiada penawar dan tiada vaksin yang boleh digunakan.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi 3 cara mudah untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan atau menyebarkan jangkitan.

1. Jaga kebersihan

Anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri pada tahap tertinggi seperti mencuci tangan dengan kerap menggunakan air atau pencuci tangan. Adalah digalakkan mencuci tangan sekurang-kurangnya setiap 20 saat.

2. Perkara wajib dilakukan jika terpaksa ke tempat berlaku wabak

Jika anda terpaksa ke tempat yang terlibat wabak tersebut, anda haruslah menggunakan penutup mulut dan hidung dan juga membawa pencuci tangan. Selain itu, anda tidak digalakkan berada di tempat sesak, dan melawat ladang haiwan serta makan makanan yang tidak dimasak.

3. Dapatkan rawatan

Selepas pulang dari destinasi anda dan berasa tidak sihat, anda haruslah mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala-gejala tersebut dalam tempoh 14 hari selepas tarikh lawatan. Maklumkan kepada doktor sejarah perjalanan anda.

Anda haruslah ke hospital terdekat jika anda mengalami simptom-simptom seperti demam, batuk, pneumonia, kesukaran bernafas, cirit-birit dan muntah.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda untuk mengelakkan anda ke tempat penularan wabak ini. Malah, anda juga haruslah mengamalkan langkah-langkah pencegahan sebagai tanda berjaga-jaga.

Berikutan penularan wabak ini, Wuhan telah di ‘lockdown’ dan bertukar ghost town. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wuhan Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Wabak Coronavirus

3 Kes Coronavirus Disahkan Di Johor Baru

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus