Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum memasuki tahun 2020, boleh dikatakan hampir semua rangkaian internet di Malaysia menawarkan kelajuan internet yang memuaskan buat para pengguna.

Namun seringkali kita mendengar rungutan daripada pihak pengguna dimana internet yang diaskses tidak setanding dengan kelajuan yang dijanjikan di dalam pakej yang dilanggan.

Berdasarkan rungutan didapati mereka perlu berada berdekatan dengan modem untuk terus mendapatkan internet yang baik. Berada di kawasan lain di dalam rumah atau sedikit jauh daripada modem sekaligus membuatkan internet mereka terputus atau menerima internet pada kadar yang perlahan.

wifi-hotspot-public-travel-concept-internet-1439651-pxhere.com
Sumber: Pxhere

Adakah anda turut mengalami masalah yang sama? Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk memastikan anda mendapat akses Wi-Fi yang terbaik sepanjang menggunakan sambungan unifi di rumah.

1. Pastikan router anda berada dalam kawasan terbuka

Bagi mendapatkan akses Wi-Fi yang lebih baik anda dinasihatkan untuk meletakkan router di kawasan terbuka tanpa dihalang oleh dinding yang bakal membuatkan signal Wi-Fi menjadi lemah. Anda juga dinasihatkan untuk berada lebih dekat dengan router untuk mendapatkan akses Wi-Fi yang lebih kuat.

2nd_hand_tplink_ac1200_tm_unifi_wireless_dual_band_gigabit_router_1543457865_001f90420
Carousell

2. Gunakan router yang tepat

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan router dual band yang tersedia melalui sambungan unifi yang mengandungi sambungan 2.4Ghz dan 5.0Ghz.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua band ini mempunyai kelebihan yang berbeza dimana sambungan 2.4Ghz digunakan untuk kegunaan melayari media sosial serta boleh diakses dalam jarak yang jauh.

Sambungan 5.0Ghz pula sesuai digunakan pada jarak yang dekat dengan router bagi menawarkan kelajuan yang lebih tinggi contohnya seperti gaming, streaming siaran langsung bola sepak dan sebagainya.

3. Elak meletakkan Wi-Fi dan router anda berhampiran akuarium atau microwave

Bagi mengelakkan daripada sebarang gangguan Wi-Fi, pastikan anda meletakkan router anda berjauhan daripada microwave, akuarium, cermin atau sebarang barangan yang berkilat yang boleh memberi kesan kepada sambungan Wi-Fi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tip lain bagi memaksimakan kekuatan sambungan internet, anda boleh klik di sini. Semoga tip tambahan daripada TM ini dapat membantu anda mendapatkan capaian Wi-Fi yang terbaik untuk segala aktiviti harian anda.

Tahukah anda TM baru-baru ini menawarkan langganan percuma buat pengguna sedia ada dan baru sehingga 31 Disember ini. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

TM Tawarkan Langganan Percuma unifi Sehingga 31 Disember 2019

TM Perkenalkan Pelan unifi 30Mbps Dengan Langganan Sebulan Percuma Berharga RM89