Munafik, Redha, Pekak, dan Aliff Dalam 7 Dimensi antara filem menarik yang telah menghiasi 2016. Namun begitu, saya merasakan filem-filem yang bakal ditayangkan pada hari esok dan bulan Disember di bawah ini juga tidak kurang menariknya. Ia berbeza sekali dengan filem-filem yang telah ditayangkan.

1. Hanyut

https://www.youtube.com/watch?v=f2fd4TGr7P4

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Klasifikasi: P13
Genre: Sejarah/Drama
Durasi: 1 Jam 56 Minit
Pengarah: U-Wei Haji Shaari
Pelakon: Diana Danielle, Sofea Jane, Ady Putra, Bront Palarae, Sabri Yunus, Alex Komang, Khalid Salleh, Peter O’Brien

Filem epik Hanyut berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895. Ia mengisahkan seorang peniaga Bahasa Inggeris bernama Kaspar Almayer (lakonan pelakon “X-Men Origins: Wolverine”, Peter O`Brien) berjuang untuk hidup di Tanah Melayu pada awal abad ke-19.

Dalam masa yang sama impiannya untuk mencari gunung emas mitos dicabar oleh isterinya. Selain itu ia ada menyentuh tentang pihak berkuasa penjajah dan politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab.

Ada juga kisah cinta anak perempuannya (Diana Danielle) dengan Dain Maroola (Adi Putra), putera Melayu pejuang kebebasan.

2. Interchange

Tarikh Tayangan: 01 Disember 2016
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pengarah: Dain Said
Pelakon: Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nissa, Alvin Wong, Chew Kin Wah

Detektif Man mempunyai seorang rakan baik bernama Adam yang bertugas sebagai jurugambar forensik. Mereka telah bekerjasama untuk menyiasat beberapa siri pembunuhan ritual di bandar.

Kemudian, Adam bertemu dan berkawan dengan Iva. Tanpa pengetahuan Adam, Iva dalam misi untuk menyelamatkan roh-roh puaknya yang terperangkap dalam negatif kaca.

Bagi menjayakan misi tersebut, roh puak, yang dibawa oleh Nicholas bernama Belian telah bertukar menjadi manusia demi membantu Iva.

3. Desolasi

Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi/Fiksyen Sains/Ngeri
Durasi: 1 Jam 51 Minit
Pengarah: Syafiq Yusof
Pelakon: Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaludin Hassan

Pelukis remaja bernama Aiman melalui pelbagai dugaan dalam kehidupannya. Dia berusaha mencari jawapan dalam persoalan kehidupan sehingga membuatkan dirinya hilang arah.

Dia sudah tidak tahan lagi dengan semua masalah yang dihadapi sehingga bertengkar dengan ayahnya. Lalu, dia telah meminta sesuatu yang tidak patut. Keesokannya, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain.

Bonus: Apprentice (Singapura)

Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Klasifikasi: 18
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pengarah: Boo Junfeng
Pelakon: Fir Rahman, Wan Hanafi Su, Mastura Ahmad, Koh Boon Pin, Nickson Cheng, Crispian Chan

Aiman, pegawai hukuman berusia 28 tahun mempunyai sebab tersendiri apabila dia mahu berdampingan dengan ketua penjara, Rahim, 65 tahun.

Kesempatan pembantu Rahim meletak jawatan telah membuka peluang kepada Aiman apabila dia diminta menjadi perantis Rahim. Pastinya Aiman akan menggunakan peluang ini untuk melaksanakan misinya.

Ramai menyatakan trailer filem-filem ini begitu menarik sekali. Jadi, expectation mereka terhadapnya begitu tinggi. Apakah anda akan menonton filem-filem ini?