Studio di sebalik kejayaan siri Transformers, Paramount dalam kenyataannya akan menerbitkan 3 filem Transformers berturut-turut pada tahun 2017, 2018 dan 2019. Filem terakhir franchise ini, Transformers: Age Of Extinction berjaya membuat lebih USD1 billion jualan tiket dan box office di banyak negara. Paramount tidak teragak-agak untuk menerbitkan 3 lagi filem dari siri itu kerana ianya pasti membawa pulangan yang lumayan.

Sesuatu perlu dilakukan kerana Age Of Extinction hanya mendapat rating 18% di laman Rotten Tomatoes, laman web untuk pengkritik filem dari serata dunia. Tetapi Paramount seperti tidak mengendahkan rating tersebut dan walaupun mereka keluar dengan filem yang baru, Transformers sudah mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan pasti filem yang akan datang boleh mengulangi pencapaian Age Of Extinction.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mark Wahlberg dikabarkan akan berlakon dalam beberapa lagi filem Transformers dan Michael Bay terus diberi kepercayaan untuk mengarah siri ini. Mengikut jadual, Transformers 5 akan ditayangkan pada Jun 2017, Transformers 6 pada June 2018, dan Transformers 7 pada Jun 2019. Harap siri yang ke-5 franchise ini akan lebih baik dari Age Of Extinction.

Sumber