Kurang lebih sebulan sahaja lagi sebulan OnePlus selaku smartphone flagship buat jenama ini pada tahun lepas menyambut ulang tahunnya yang pertama. Hal ini juga bermakna OnePlus tidak lama lagi akan mengeluarkan model terbaru yang dinamakan OnePlus 5.

Mengapa bukan OnePlus 4? Dikhabarkan pihak OnePlus tidak berminat untuk menggunakan nama model OnePlus 4 atas sebab angka 4 yang membawa maksud yang kurang elok seterunya berpihak untuk melangkau ke OnePlus 5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu? mampuhkah jenama yang baru semakin dikenali ramai ini mengekalkan identiti mereka sebagai flagship killer sekali lagi? Tahun lepas OnePlus berjaya menjadi trendsetter atau antara smartphone yang terawal menggunakan RAM 6 GB.

Nak tahu apa lagi pembaharuan terbaru daripada OnePlus? Berikut merupakan 3 perkara yang dapat kami kongsikan berdasarkan ura-ura yang semakin kuat dibincangkan.

1. Rekabentuk

Sekilas pandang boleh dikatakan OnePlus menggunakan rekabentuk dan material yang sama seperti OnePlus 5. Walaubagaimanapun, satu perkara yang paling kontra seperti yang tertera di dalam gambar dalah penggunaan dwi-kamera. Sesuatu yang dinantikan buat para pengguna sebelum ini.

Ketiadaan fingerprint scanner dibahagian belakang juga menandakan model terbaru ini sedikit sebanyak bakal mengikuti acuan sepertimana OnePlus 3 dan OnePlus 3T. Dalam erti kata lain, pengguna tidak akan menerima sebuah smartphone yang bezel-less atau atau penguasaan skrin yang penuh seperti Samsung Galaxy S8.

2. Spesifikasi

Untuk pengetahuan anda, spesifikasi OnePlus 5 antara yang terawal dibincangkan berbanding kamera dan rekabnetuknya. Mungkin juga disebabkan jenamanya yang sememangnya terkenal dengan smartphone berspesifikasi tinggi dengan harga mampu milik.

Dikhabarkan OnePlus 5 bakal menggunakan Snapdragon 835 dan dikuasakan dengan RAM 8 GB. Ya, sekiranya OnePlus berjaya dilancarkan seawal bulan depan, mereka bakal menjadi jenama smartphone pertama yang menggunakan RAM sehingga 8 GB.

Adakah releven menggunakan RAM sehingga 8 GB? Mungkin kurang releven ketika ini memandangkan RAM 6 GB yang tersedia di OnePlus 3 juga sudah cukup baik namun penggunaan RAM yang besar ini bermakna model ini mampu bertahan dan menjalankan aplikasi dengan baik meskipun selepas 2 atau 3 tahun digunakan. Good job OnePlus!

Dari segi skrin, OnePlus berpihak untuk menggunakan saiz skrin yang sama iaitu 5.5-inci dan kemungkinan bakal hadir dengan paparan 2K (1440 x 2560 pixels). Oxygen OS masih lagi menjadi ROM rasmi buat OnePlus terbaru dan dikuasakan melalui Android versi terbaru.

3. Kamera

Seperti yang dapat anda lihat, OnePlus 5 bakal menjadi smartphone pertama keluaran jenama ini yang menggunakan dwi-kamera. Dua kamera 16-megapixel bakal dipadankan di bahagian belakang membolehkan imej yang terbaik dapat dihasilkan.

Berdasarkan maklumat yang baru diterima, dikhabarkan OnePlus sedang melakukan kerjasama bersama DxOMark selaku syarikat yang mengesahkan kualiti kamera smartphone. Setakat ini, masih belum banyak rumour atau pengesahan rasmi daripada OnePlus mengenai kamera OnePlus 5 kecuali gambar yang baru sahaja dikongsikan ini.

Kami yakin anda semua tahu kamera mana yang menghasilkan gambar yang lebih baik di dalam gambar ini. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi daripada pihak OnePlus. Kemungkinan pertengahan bulan Jun bakal menjadi saksi buat pelancaran flagship terbaru daripada OnePlus ini.

Sumber