Ramai yang tanya, Kansai je ke? Tokyo tak ada pass macam tu? Baiklah, Jack S Adli lelaki tampa wajah akan ulaskan semula.

Baca tips saya yang lepas: 5 Pass Pengangkutan Awam Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Osaka, Jepun

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi mereka yang pertama kali merancang untuk bercuti ke Tokyo, berikut antara perkara harus diteliti bagi melancarkan percutian anda.

1. Perjalanan
Perancangan perjalanan adalah yang paling utama senaraikan tempat-tempat yang hendak kita kunjungi mengikut kemampuan dan bajet. Nak ke mana semasa di Tokyo?

2. Pengangkutan
Tokyo merupakan metropolitan yang mempunyi rangkaian subway dan train tersibuk di Jepun. Melihat pada carta rangkaian pengkutan awamnya saja sudah cukup buat anda akan rasa nak muntah dan kemurungan. Rancang perjalanan bagi memudahkan anda memilih pengakutan yang bakal digunakan. Nak ke sana dengan apa?

3. Penginapan
Penginapan yang paling tepat adalah lokasinya. Jika kita bercadang untuk menggunakan 100% kemudahan pengakutan awam maka permilihan lokasi penghinapan haruslah berdekatan dengan station stesen subway atau train. Setidak-tidaknya 5 ke 10 minit berjalan kaki ke stesen berhampiran. Nak ke sana dengan naik ini senang ke dari tempat kita?

4. Pass
Setelah ada tujuan, pemilihan pengakutan dan lokasi penginapan maka cukup maklumat untuk kita membuat keputusan bagi pemilihan jenis pass yang bakal di gunakan, yang bersesuaian dan menjimatkan. Nak ke sana dengan naik ini dari penghinapan kita paling jimat guna pass apa?

Berikut saya senaraikan beberapa pass pilihan saya yang menjimatkan untuk kegunaan kita ketika melancong di kota METROPOLITAN TOKYO (tidak termasuk kawasan KANTO)

1. TOKYO METRO DAN TOEI pass

Apa tu Metro dan Toei pass? Pass yang paling berkesan untuk melawat sekitar kota Metropolitan Tokyo. Hanya untuk pelancong  sebab kena  tunjuk pasport semasa membeli pass ini. Pass ini adalah gabungan antara line Metro dan Toei. Unlimited.

Mana nak beli? Boleh dibeli di Airport dan Big Cemera shop sahaja. Tidak di jual di stesen.

Berapa harga?
800 Yen untuk 24 jam (sehari)
1200 Yen untuk 48 jam (2 hari)
1500 Yen untuk 72 jam (3 hari)
Kanak-kanak berusia 6 -12 tahun separuh harga

Macam mana guna dan pengiraan penggunaan?
Kita mengunakan laluan eletronik. Masukan kad dan gate terbuka. Lalu di gate dan ambil semula tiket. Sistem gate sama macam LRT Malaysia dulu.

Penggunaa di kira daripada kali pertama masa naik.
Contoh: 1 jan 16 jam 1200 pm – 2 jan 16 jam 1200 (24 jam bagi tiket berharga 800 Yen)

Jadi bila sampai lapangan terbang beli dulu dan simpan kalau tak nak di gunakan lagi.

Kawasan mana cover?
Antara tempat menarik:
1. Asakusa
2. Akhibara
3. Tokyo Sky Tree
4. Ueno
5. Shinjuku
6. Shibuya
7. Imperial place
8. Tokyo Dome
9. Harajuku
10. Roppongi (Tokyo Tower)
11. Ginza
12. Tskuji market (sebelum pindah)
13. Sumo Hall
14. Ikebukuro

Ah, pening baca peta. Jangan pening. Setiap line train atau subway diwakili oleh warna dan huruf.

Contoh: GINZA LINE
Warna : Oren
Huruf : G

Dan setiap stesen persinggahan diwakili oleh nombor.

Contoh :
GINZA STATION = G09
UENO STATION = G16

Jadi dari Ginza ke Ueno menggunakan Ginza line = dari G09 ke G16 = Line oren.

Dalam sesetengah train ada penunjuk berlampu menunjukan stesen mana telah dan akan kita berhenti dengan menggunakan nombor stesen. Dan ada sesetengah meletakkan nama stesen.

Contoh:
???????????

➖?➖➖?➖➖?➖➖?➖➖⚪➖➖⚪➖
G06 G07 G08 G09 G10 G11

Macam mana pula kalau nak tukar train?

Katakanlah dari SHIMBASHI stesen G08 nak ke Tsukiji stesen H10, maka kita akan menggunakan 2 line iaitu GINZA Line (warna oren) dan HIBIYA Line (warna kelabu). Pertukaran akan berlaku di GINZA stesen G08. Ikut petunjuk arah yang ada di stesen.

Selain peta manual, sila muat turun aplikasi Metro Subway offline di Google Store sebagai guide bagi memudahkan lagi rujukan anda.

Berapa harga tambang single jika tak ambil pass ni?
Tambang biasa di antara 120¥ – 220¥ mengikut jarak.

Saya mencadangkan bagi yang pertama kali ke Tokyo untuk menggunakan pass ini. Jika tersesat atau tersalah stesen kita tak banyak membazir duit untuk tambang.

2. TOKYO METRO 24 HOURS PASS

Berapa harga? 600 Yen dewasa.

Beli di Mana? Ada di semua stesen METRO Tokyo.

Apa yang boleh digunakan? Pass ini bagi kegunaan subway rangkaian METRO sahaja.

Berapa lama boleh digunakan? 24 jam. Kalau mula naik jam 8 pagi maka akan habis jam 8 pagi esok.

3. JR EAST The Tokyo Metropolitan District Pass (Tokunai Pass)

Berapa harga? 750 Yen dewasa.

Beli di mana? JR East Station Tokyo.

Apa yang boleh digunakan? Pass ini bagi kegunaan rangkaian train JR EAST sekitar Metropolitan sahaja.

Berapa lama boleh digunakan? 1 hari. Dari train pertama hingga train akhir. Boleh rujuk di JREast.co.jp

Ada banyak lagi pass-pass yang disediakan untuk kita menjelajah Tokyo namun ianya tidak bergitu menjimatkan bagi kegunaan pelancong.

Tips

Secara mudah untuk membuat keputusan pemilihan pass, kira berapa kali anda akan menggunakan train atau subway dalam sehari. Jika tidak lebih dari 4 kali maka tidak berbaloi menggunakan sebarang pass. Cukup dengan pengunaan IC kad sahaja. Untuk keterangan lanjut, baca Cara Beli Kad Pengangkutan Pasmo Dan Suica Di Jepun