Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media sebentar tadi mengesahkan tiga kes positif Novel Coronavirus (2019-nCoV) telah dilaporkan di Malaysia.
Tiga pelancong dari China, yang berada di Johor Baru telah ‘berhubung’ dengan pesakit berusia 66 tahun yang merupakan pesakit pertama Coronavirus di Singapura.
TERKINI: Tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bharu disahkan positif novel coronavirus #2019_nCov
Mereka kini dirawat di Hosp Sg Buloh dan dlm keadaan stabil.
Mereka adalah ahli keluarga terdekat dgn kes pertama yg berlaku Singapura. –@DrDzul pic.twitter.com/dWQxp4Zlzu
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020

Menurut perkongsian KKM Putrajaya menerusi Twitter, tiga yang positif adalah isteri kepada kes pertama di Singapura berkenaan dan dua cucu mereka (11 tahun dan 2 tahun).
Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda. JKN Johor berjaya mengesan mereka selepas mendapat maklumat daripada kementerian. Kesihatan Singapura dan menjalani ujian pengesanan semula.
Sampel klinikal di hantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan Sungai Buloh dan disahkan positif lewat malam tadi. KKM juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan urusan ke negara China pada ketika ini. Kes ini sedang dalam perhatian KKM dan segala update terkini boleh didapati menerusi laman Twitter dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tiga yang positif itu adalah isteri kepada kes pertama di Singapura berumur 66 thn dan dua cucu mereka (11 tahun dan 2 thn).
Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020
JKN Johor berjaya mengesan mereka selepas mendapat maklumat drpd Kemen. Kesihatan Singapura dan menjalani ujian pengesanan semula.
Sampel klinikal di hantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan Sg Buloh dan disahkan positif lewat malam tadi.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020
Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan atau elakkan perjalanan ke China.
Sentiasa utamakan langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan betul.
Elakkan berada di kawasan tumpuan ramai atau memakai topeng penutup muka.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 25, 2020
Wuhan pada ketika ini telah bertukar ‘ghost town’ dan ramai penduduknya tidak berani untuk keluar rumah. Baca tentangnya lagi di sini.
China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus