Ketika Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa e-Kitchen Ramadan akan tetap diteruskan sepanjang Ramadan nanti, ada netizen yang kurang senang dengan keputusan tersebut.

Mereka mendakwa Keratin Selangor tidak serius dalam memerangi COVID-19 yang melanda negara kerana ingin meneruskan e-Kitchen Ramadan. Namun sebenarnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep sebenar e-Kitchen Ramadan ini.

Tahukah anda keputusan until membatalkan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini memberi kesan kepada hampir 17,000 peniaga dan penjaja? Seperti yang diterangkan oleh Amirudin Shari sebelum ini, e-Kitchen Ramadan ini adalah salah satu inisiatif Selangor Prihatin 2.0 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM272.5 juta untuk peniaga yang pastikan terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembatalan Bazar Ramadan di seluruh Selangor.

image002

e-Kitchen Ramadan Selangor GRAB adalah kerjasama antara Kerajaan Selangor dan GRAB untuk menyediakan Bazar Ramadan digital untuk penduduk di Selangor. Konsepnya tidak ubah seperti mana anda memesan makanan di aplikasi GRAB.

Cumanya, peniaga kecil (yang mempunyai lesen penjaja yang sah) turut sama-sama berniaga secara atas talian untuk menjual juadah istimewa mereka sepanjang Ramadan. Menu yang akan dijual juga tidak ubah seperti bazar Ramadan traditional; supaya dapat mengubat kerinduan anda merasai juadah bazar Ramadan tahun ini. Ini antara kelebihan e-Kitchen Selangor GRAB yang tiada di negeri lain.

1. Bazar Ramadan Virtual Tanpa Perlu Bersesak

Menu Makanan e-Bazar Selangor

Perbezaan utama antara e-Kitchen Ramadan Selangor GRAB dan bazar Ramadan yang traditional semestinya cara untuk anda membeli juadah. Segalanya akan dibuat secara dalam talian (pesanan dan pembayaran) dan penghantaran akan dibuat oleh rider GRAB.

2. Persediaan Rapi Dan SOP Ketat Yang Perlu Dipatuhi

Amirudin Shari berkata pihaknya yakin e-Kitchen Ramadan boleh diteruskan di Selangor tetapi perlu mengekalkan disiplin serta kawalan sedia ada.

Satu Standard Operation Procedure (SOP) ketat telah dikeluarkan oleh pihak pentadbir Kerajaan Selangor buat peniaga yang menyertai e-Kitchen Ramadan Selangor GRAB. Berdasarkan laman Hijrah Selangor, setiap pengendali makanan paling penting perlu mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Peniaga juga perlu mempunyai telefon pintar Android 6 dan ke atas, tiada aktiviti memasak di lokasi (hanya pengumpulan dan pembungkusan) serta 3 orang pengendali makanan dibenarkan di tapak lokasi. Peniaga juga akan diberi latihan untuk mengendalikan pesanan mereka secara atas talian.

3. Tempahan Awal Sehari Sebelum

featuredgrabpay22

Tempahan untuk e-Kitchen Ramadan Selangor GRAB kelolaan Kerajaan Selangor sepanjang bulan Ramadan boleh dibuat seawal jam 10 malam pada hari sebelumnya. Tempoh tempahan akan dibuka sehingga jam 1 petang pada hari berikutnya dan penghantaran akan dibuat antara 4.30 petang hingga sebelum waktu berbuka puasa.

Tempahan awal ini juga akan membantu penjaja untuk menyediakan makanan secukupnya dan juga bagi mengelakkan kecelaruan ketika tempahan dibuat. Cara ini juga dilihat dapat mengelakkan pembaziran makanan tidak terbeli bagi pihak peniaga.

Selain GRAB, Platform Selangor (PLATS) juga ada untuk anda memesan makanan

Plats 2

plats3

Platform Selangor (PLATS) merupakan satu lagi portal yang mengumpulkan peniaga dari seluruh Selangor di bawah satu bumbung. Kaedahnya juga sama seperti anda memesan di GRAB.

Jenis makanan juga dibahagikan mengikut kategori seperti menu utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman. Peniaga juga masih boleh membuat permhonan untuk sama-sama berniaga di PLATS dengan mengisi borang permohonan di sini.

Tempahan makanan di PLATS juga boleh dibuat seawal jam 10 malam pada hari sebelumnya. Tempoh tempahan akan dibuka sehingga jam 1 petang pada hari berikutnya dan penghantaran akan dibuat antara 4.30 petang hingga sebelum waktu berbuka puasa.

Pada ketika ini, sebanyak 77 lokasi pengumpulan makanan yang terkawal telah disediakan oleh Kerajaan Selangor.

Keselamatan peniaga dan pembeli juga sangat diambil berat oleh Kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor mempunyai peruntukan RM600,000 untuk proses menyahkuman dewan dan pusat pengedaran serta menanggung kos pusat pengedaran makanan. Jadi isu penularan COVID-19 di e-Kitchen Ramadan tidak akan berlaku kerana mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan.

Ada sudah boleh membuat tempahan makanan bermula hari ini atau rancang awal apa anda mahu makan buka puasa esok malam nanti jam 10 malam. Selamat berpuasa dan sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Ini inisiatif penuh Selangor Prihatin 2.0 untuk maklumat lanjut anda. Klik pada pautan di bawah.

Rumusan Selangor Prihatin 2.0: Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Bantu Semua Golongan

9 Inisiatif Selangor Prihatin Berjumlah RM127.78 Juta Yang Bakal Manfaatkan Rakyat

Tersenarai 50 Sungai Paling Tercemar Di Dunia Jadi Sebab Interceptor Bersihkan Sungai Klang