Bekas wartawan jenayah yang pernah berkhidmat di beberapa akhbar termasuk Utusan Malaysia, saudara Syahril A. Kadir kini sedang berada di Cox Bazar, Bangladesh. Beliau ke sana bersama beberapa rakan bagi melihat sendiri bagaimanakah kehidupan sebenar para pelarian Rohingya di kem pelarian ini.

Berikut antara catatan Syahril yang menarik perhatian kami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. KAU RASA MEREKA MINTA JADI BEGINI?

Ketika aku dan tiga sahabat yang lain termasuk dari EZ Qurban tiba di khemah pelarian Rohingya di Balukhali dan Kutupalong petang semalam, hujan lebat membasahi buminya.

Jalan-jalan penuh dengan lumpur dan selut. Di sana sini anak-anak kecil menangis kelaparan, si ibu menggigil kesejukan dan si ayah mundar mandir tak tentu arah tujuan.

Khemah usang kanvasnya bocor. Perigi digali airnya kotor. Yang sakit ubatnya tiada. Yang mati pula nisannya tak bertanda.

Kita pula hanya gemar berpolemik. Kononnya Rohingya yang menempah derita, mereka bangsa yang patut menerima celaka. Kononnya sengsara ini mereka tempah sendiri. Tiada tempat untuk menumpang walau di bumi sendiri!

Kau tahu tak apa perasaanku apabila mereka berbondong-bondong ke surau yang nak rebah ke bumi tiap kali masuk waktu. Kau tahu tak perasaanku setiap kali mereka mengambil wudhu dengan air yang kuning kehitaman. Kau tahu tak perasaanku kerana mereka tidak pernah menyalahkan Tuhan mereka walaupun hidup mereka tak pernah bahagia?

Lebih empat jam kami berada di khemah pelarian itu. Tak seorang pun yang datang merayu-rayu. Tak seorang pun datang kepada kami menyembah dan meraih simpati. Namun kami tahu di hati mereka seolah-olah mahu menjerit, wahai Tuan, tolonglah kami!

Wahai teman-temanku di tanah air. Di sini kami menyaksikan krisis kemanusiaan terburuk abad ini. Lebih 500,000 orang telah menyeberang bukit bukau dan berjalan kaki berhari-hari, yang didukung, yang bertongkat, yang dikendong, yang diangkat…malah ada yang ajalnya dijemput dulu sebelum sempat menjamah walau secubit nasi!

Kau rasa mereka minta jadi begini?

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-7

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-6

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-8

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-9

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-11

2. SATU JAMBAN, 40O KELUARGA!

Di khemah pelarian ini, kau tentu tertanya-tanya, di mana para pelarian ini membuang ‘khazanah’ mereka? Jangan risau, jamban tetap ada. Tetapi kalau dihitung jumlah pelarian dengan jumlah jamban yang disediakan, jawapan matematik yang aku nk berikan adalah, satu jamban, 400 keluarga!

Memandangkan khemah pelarian ini dekat antara satu sama lain, laluan dan ruang yang ada juga sangat sempit. Jadi adakalanya kau tak dapat nak elak dari melalui barisan dan susunan jamban yang ada kalau nak bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan.

So berdasarkan ‘formula matematik’ yang aku katakan itu, kau boleh bayang tak ‘wangi dan semerbaknya’ jamban-jamban yang ada kat situ? Serius, rasa nak pengsan beb kalau lalu di depan deretan ‘rumah termenung’ di khemah-khemah pelarian yang ada kat sana.

Lupakan pasal ‘cebuk’ kerana ia semata-mata jamban, tiada air walau setitik! Paling kesian kaum wanita dan kanak-kanak. Aku difahamkan kalau dah ‘sesak’ sangat, mereka terpaksa cari alternatif lain – belukar!

Aduh. Betapa berat mata memandang, berat lagi hendak ‘membuang’!

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-10

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-15

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-14

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-13

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-12

3. KEBANJIRAN BAYI, KANAK-KANAK DAN KIT PERANCANG KELUARGA

Antara perkara yang menarik perhatian aku bila menjejakkan kaki di khemah pelarian Rohingya tadi adalah kebanjiran kanak-kanak dan bayi di kawasan berkenaan.

Jumlahnya bukan saja ramai, tetapi ayat paling tepat – TERLALU RAMAI!

Risik punya risik, rupanya jumlah kanak-kanak dan bayi di khemah-khemah pelarian ini dikatakan telah mencecah hampir 60% daripada keseluruhan 500,000 pelarian yang ada, bayangkan!

Dan sejak kemasukan pelarian beberapa bulan lalu, lebih 200 kelahiran telah dicatatkan dalam tempoh tak sampai sebulan dan ini memang memeningkan kerajaan Bangladesh.

Di khemah pelarian ini, purata setiap keluarga ada 6 hingga 8 orang anak. Dan itu belum campur yang di dalam kandungan.

Sehubungan itu aku diberitahu kerajaan Bangladesh sedang bercadang untuk mengagihkan kit perancang keluarga mengandungi pil perancang, kondom dll kepada para pelarian ini agar kadar kehamilan dapat dikawal.

Lain macam.

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-1

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-2

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-3

pelarian-rohingya-cox-bazar-bangladesh-4

Untuk pengetahuan anda, PBB melapurkan jutaan etnik Rohingya di Rakhine kini sedang mengalami diskriminasi terancang, polisi pengusiran dan pengasingan dari wilayah tersebut.