Pernahkah anda impikan untuk mencabar diri anda dengan menyertai pengembaraan diluar negara seperti dalam rancangan realiti TV? Jika ya, inilah masanya untuk anda menyertai cabaran terbaru daripada Red Bull iaitu ‘Can You Make It Challenge’.

Melalui cabaran ini, tin Red Bull bakal digantikan sebagai kupon untuk anda melangkah ke cabaran seterusnya. Selain itu, tin Red Bull juga bakal menjadi tukaran buat anda untuk mendapatkan makanan dan pengangkutan untuk ke lokasi seterusnya. Kami yakin ramai daripada anda sudah mendapat idea bagaimana cabaran ini bakal berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah anda berminat? Berikut merupakan tiga langkah mudah untuk anda sertai ‘Can You Make It Challenge’ anjuran Red Bull:

Red_Bull_Can_You_Make_It

  1. Hasilkan sebuah kumpulan bersama 3 orang ahli. Pastikan anda bersama rakan merupakan pelajar universiti.
  2. Rakamkan sebuah video dengan durasi seminit untuk menerangkan mengapa Red Bull wajar memilih pasukan anda dan hantarkan kepada laman web Red Bull.
  3. Langkah yang seterusnya yang perlu anda ikuti adalah pastikan anda menerima undian online tertinggi untuk membuktikan anda layak untuk mewakili Malaysia dalam cabaran ini.

Sekiranya anda berjaya, peluang untuk anda menyertai ‘Can You Make It Challenge’ bakal bermula dengan penawaran tiket penerbangan ke Eropah untuk menyertai salah satu daripada lima cabaran yang ditawarkan.

maxresdefault (2)

Buat anda yang berminat untuk menyertai ‘Can You Make It Challenge’ penyertaan masih dibuka sehingga 14 Februari 2018. Mungkin ini peluang anda untuk bersama rakan untuk melakar nama sebagai juara Red Bull Can You Make It Challenge musim pertama.