Sedia maklum, tiada kebenaran rentas negeri dan anda yang melanggar perintah tersebut akan diarah berpatah balik serta dikenakan denda. Itulah yang berlaku kepada 3 lelaki berbasikal dari Ampang, Selangor ke Jelebu, Negeri Sembilan.

Difahamkan, 3 lelaki tersebut beriadah dengan menaiki basikal dan telah ditahan polis ditahan di jalan masuk ke Kampung Chennah jam 10 pagi, Khamis oleh anggota polis dan rela yang meronda.

photo_2020-10-26_10-59-53
HYPE
Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata ketiga-tiga individu tersebut gagal memberikan alasan munasabah dan merentas negeri tanpa kebenaran polis. Oleh itu, mereka dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Rentas negeri: Berbasikal ke JelebuJELEBU: Tiga lelaki yang beriadah dengan berbasikal dari Ampang, Selangor ke…

Posted by Kelab Info Malaysia on Friday, 22 May 2020

Bayaran kompaun perlu dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu sebelum 3 Jun depan bagi mengelakkan tindakan pendakwaan, sekiranya gagal membayar kompaun.

Diharap anda diluar kekal patuh dengan arahan tidak rentas negeri bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun dan tindakan undang-undang. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sebelum ini kecoh apabila ada wanita dibenarkan rentas negeri kerana ada ‘kabel’. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

“Dah Ada Surat Dari Ketua P” – Netizen Bengang Perempuan Ini Boleh Rentas Negeri Guna Kabel

PKPB Disambung 4 Minggu Lagi, Tiada Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Dibenarkan

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

Anda Mungkin Suka