Model rekaan hybrid terbaru daripada Nike, React Presto akan hadir dengan versi yang diinspirasikan daripada 3 watak kartun oleh Nike.

Menariknya, koleksi ini didatangkan khas dalam tiga pilihan yang berbeza iaitu Brutal Honey, Rabid Panda dan Psychedelic Lava yang mewakili setiap watak kartun dengan backstory mereka yang tersendiri. Setiap kasut tersebut diilhamkan oleh konsep Presto dan outsole React yang selesa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nike React Presto vckt

Nike React Presto vckt

Nike React Presto vckt

Koleksi Brutal Honey ini dihasilkan secara semula jadi dalam warna hitam dan kuning yang diinspirasikan daripada lebah, manakala Rabid Panda pula menampilkan konsep Panda dengan variasi warna hitam di atas midsole putih dan sedikit percikan warna oren pada outsole kasut tersebut.

Untuk koleksi Psychedelic Lava pula, ianya menggabungkan campuran warna pastel dengan tapak outsole berwarna putih.

Harga untuk sepasang kasut ini masih belum diketahui lagi namun ianya dikatakan bakal dilancarkan bermula 9 Mei ini yang akan tersedia di laman rasmi Nike.