Bila bercakap tentang online scam, penjenayah siber akan menyasarkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan profesion. Walaupun golongan profesional sering dianggap lebih celik IT, mereka juga antara yang tertinggi menjadi mangsa online scam.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM) baru-baru ini telah mendedahkan secara purata untuk sepanjang tahun 2022 lalu memperlihatkan seramai tiga orang guru setiap hari didapati telah menjadi mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: JSJK PDRM

Menurut laporan polis yang diterima pada tahun 2022, jumlah guru yang menjadi mangsa online scammer bagi tahun lalu sahaja adalah seramai 1,065 orang dengan jumlah kerugian mencapai RM31 juta. Purata kerugian yang dialami bagi setiap orang guru pula sebanyak RM29,750 seorang.

Berkaitan dengan penipuan terbaru yang dilaporkan pada awal Mac 2023 lalu, JSJK PDRM telah memaklumkan bahawa mereka kini sedang menyiasat skim pelaburan “Sencapital” yang dikesan aktif menjalankan penipuan di seluruh negara.

Siasatan JSJK PDRM mendapati pelabur yang berminat dengan skim ini akan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp yang dinamakan sebagai JP Morgan Business School. Skim pelaburan berasaskan pembelian saham ini dilaporkan telah menyebabkan kerugian berjumlah RM6.7 juta.

Lebih malang lagi, mangsa tidak boleh mendapatkan semula wang yang telah dilaburkan kerana laman sesawang Sencapital sudah tidak aktif sejak Februari lalu.

Buat peringatan semua, anda mestilah berwaspada dengan penipuan atas talian kerana penjenayah siber sentiasa mencari jalan untuk memperdaya mangsanya. Jika anda berminat dengan pelaburan, pastikan ia adalah saluran dan syarikat yang berdaftar sebelum mencubanya.

Sumber