Di Jepun populariti sukan bola sepak sudah cukup tinggi walaupun masih berada dibelakang sukan utama mereka iaitu baseball. Tahap populariti yang semakin tinggi ini menarik minat kanak-kanak Jepun untuk menyimpan cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.

Dengan tahap profesionalisme yang tinggi membuatkan para ibu-bapa di Jepun menggalakkan anak-anak mereka menceburi karier sebagai pemain bola sepak profesional tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang remeh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3 Pattern Utama Pembangunan Karier Pemain Muda Jepun

Terdapat 3 pattern utama yang mampu membawa mereka menjadi pemain profesional. Iaitu selepas tamat sekolah tinggi dan tamat pengajian universiti.

1) Tamat Sekolah Tinggi

  • J Club Junior Youth > High School > PRO
  • City Club > High School > PRO
  • Junior High School > High School > PRO

2) Sistem Akademi Remaja Kelab J.League

  • J Club Junior Youth > J Club Youth > PRO
  • City Club > J Club Youth > PRO
  • Junior High School > J Club Youth > PRO

3) Tamat Pengajian Universiti

  • J Club Junior Youth > J Club Youth > Universiti > PRO
  • J Club Junior Youth > High School > Universiti > PRO
  • City Club > J Club Youth >University > PRO
  • City Club > High School > University > PRO
  • Junior High School > J Club Youth > University > PRO
  • Junior High School > High School > University > PRO

Nota: Ada juga pemain yang memilih cara yang berbeza dan berjaya menjadi pemain profesional. Tetapi cara diatas adalah yang paling banyak digunakan.

makoto hasebe
MAKOTO HASEBE KETIKA BERAKSI BERSAMA PASUKAN SEKOLAH AOJIMA HIGASHI ES. TAHUN 1995, DARJAH 6, MEMAKAI JERSI #7

Sebagai contoh dan inspirasi kepada kanak-kanak, berikut merupakan cara/jalan pilihan pemain skuad kebangsaan Jepun ketika ini.

  1. Shusaku Nishikawa (GK): Yokkaichi Minami SSC > Usa FC Junior Youth > Oita Trinita U15 > Oita Trinita U18 > Oita Trinita / Sanfrecce Hiroshima / Urawa Reds
  2. Yuto Nagatomo (DF): Kanbai SS > Saijokita Junior High School >Higashi Fukuoka High School > Meiji University > FC Tokyo/ Cesena / Inter Milan
  3. Makoto Hasebe (MF): Aojima Higashi SSS > Aojima Junior High School > Fujieda Higashi High School > Urawa Reds/VfL Wolfsburg/Nurnberg/Eintracht Frankfurt
  4. Honda Keisuke (FW): Settsu FC > Gamba Osaka Junior Youth > Seiryo High School > Nagoya Grampus > VVV Venlo/CSKA Moscow/AC Milan

Jika diperhatikan kepada skuad utama Jepun baru-baru ini, 14 daripadanya merupakan pemain yang memilih jalan dalam kategori (2) Sistem Akademi Remaja Kelab J.League, manakala 11 lagi dari kategori 1 Tamat Sekolah Tinggi.

Gamba Osaka Youth ‘Reject’ Honda Keisuke

Cara diatas ini tidak akan menjamin seseorang pemain itu bergelar profesional. Cuma ia adalah data yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan bakat-bakat muda. Tidak ada betul atau salah.

Sebagai contoh, Keisuke Honda berjaya menjadi sebahagian dari pasukan Gamba Osaka Junior Youth. Tetapi beliau tidak berjaya diterima masuk ke Gamba Osaka Youth.

2017-12-15_16-08-09
Selepas ‘direject’ Gamba Osaka Youth, Honda beraksi untuk Seiryou High School sebelum sertai Nagoya Grampus

Kemudian beliau menyertai Seiryo High School. Sekarang lihat dimana karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Peluang menjadi pemain pro sentiasa terbuka untuk pemain muda Jepun. Walaupun mereka tidak terpilih masuk ke pasukan remaja J League.

Yuto Nagatomo Dan Yoshinori Muto, Produk Lepasan Universiti

Selain itu, terdapat juga pemain muda yang tidak berjaya menjadi pemain profesional selepas tamat sekolah tinggi. Contohnya Yuto Nagatomo dan Yoshinori Muto.

Mereka masuk ke Universiti dan meenghidupkan kembali peluang untuk menjadi pemain profesional.

7FEFEC3C89963982C78F32A8231AEACB

Nagatomo menyertai pasukan Meiji Universiti dahulu sebelum dipikat oleh FC Tokyo. Muto pula dari Keio University sebelum diikat FC Tokyo.

Sekarang Nagatomo dan Muto masing-masing bermain untuk kelab utama Eropah. Nagatomo bermain di Inter Milan dalam Serie A  dan manakala Muto beraksi untuk Mainz 05 di Bundesliga.

Roadmap menjadi pemain profesional perlu jelas

Diperingkat ini, bakat-bakat muda perlu diberi pendedahan diperingkat awal bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran serta keupayaan fizikal dan mental.

Ini adalah supaya mereka dapat mengharungi jalan demi mengejar impian sebagai pemain bola sepak profesional.

Inilah yang berlaku dalam senario bola sepak Jepun.

Jika kita “terjun” lebih dalam sedikit untuk melihat bagaimana mereka merancang untuk bakat-bakat muda ini, kita boleh ‘nampak’ bagaimana mereka mampu “bermimpi” menjadi ikon bola sepak Jepun suatu hari nanti.