Tiga pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dilaporkan telah mula melengkapkan anggota mereka dengan pemakaian ‘body cam’ atau kamera badan ketika bertugas di lapangan.

Antara majlis perbandaran yang telah mengambil langkah tersebut adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan yang terbit di portal SelangorKini itu, pemakaian body cam itu menurut majlis yang terlibat mempunyai beberapa objektif seperti memantau tingkah laku anggota ketika berada di lapangan.

Selain berfungsi untuk meningkatkan integriti, kecekapan dan ketelusan ketika berurusan dengan masyarakat, pemakaian body cam itu juga dapat menjadi rujukan atau bukti jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Alatan ini memiliki kualiti video 32GB dalam definisi tinggi dan mampu menangkap visual malam serta suara untuk keselamatan anggota jika berlaku serangan fizikal atau perbalahan.

Ini juga untuk meningkatkan integriti, kecekapan dan ketelusan ketika berurusan dengan rakyat,” kata Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Norhayati Ahmad

Pemakaian body cam sebelum ini dapat dilihat digunakan oleh anggota penguatkuasa seperti polis di luar negara bagi merakam aktiviti dan gerak geri mereka ketika berada di lapangan.

Isu anggota penguatkuasa baru-baru ini menjadi perhatian negara selepas pendedahan yang dilakukan mengenai beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan secara haram di Selangor.

Susulan daripada pendedahan tersebut, beberapa laporan mengenai serbuan, perobohan dan juga penangkapan mereka yang terlibat dalam salah laku mula dilakukan.

Baca perkongsian kami mengenai beberapa kejadian yang berpunca daripada pendedahan yang dilakukan netizen sejak minggu lalu. 

KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia

MBSA Keluar Notis Perobohan, Isu Hot Burger Malaysia Buat Peniaga Lain Kena Tempias

‘Saya Yang Buat Report Saya Pula Diancam’ – Asri Janggut Cerita Keadaannya Ketika Ini

Sumber