Google baru sahaja melancarkan aplikasi video-chat mereka yang dinamakan sebagai Google Duo. Tidak seperti niat Instagram untuk membunuh aplikasi Snapchat dengan cara meniru hampir keseluruhan fungsi Snapchat, Google Duo hadir dengan ciri-ciri menarik yang mungkin bakal memberi saingan buat Apple Facetime.

Menerusi review awal, Google Duo merupakan sebuah aplikasi yang menyediakan fungsi yang seakan sama dengan Apple Facetime, kedua-dua nya memberikan pengguna untuk berhubung melalui video. Dalam pada itu, Google Duo dilihat bakal memberi saingan buat Apple Facetime melalui 3 ciri khas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Cross-platform

Google-Duo

Tidak seperti Apple Facetime yang hanya tersedia dengan pengguna Apple, Google Duo menyediakan sebuah aplikasi video-chat yang smooth khusus buat pengguna Android dan iOS. Maknanya, anda dapat berhubung bersama hampir sesiapa sahaja menggunakan Google Duo tanpa menghiraukan sistem operasi yang digunakan. Oh ya, aplikasi ini juga hadir tanpa sebarang iklan.

Buat anda berada berjauhan bersama keluarga serta ingin melepaskan kerinduan, Google Duo bakal menyelesaikan masalah anda memandangkan majoriti pengguna kini menggunakan Android dan iOS.

2. Penggunaan nombor telefon

Screen Shot 2016-08-18 at 9.29.27 PM

Fungsi yang agak remeh pada asasnya namun fungsi ini ternyata bakal memberi banyak kemudahan buat pengguna. Lupakan log in melalui Apple ID atau gmail. Apa yang anda perlukan adalah no telefon. Cukup untuk anda membuat panggilan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai Google Duo.

Sama seperti aplikasi video chat yang lain, Google Duo turut menggunakan Wi-Fi atau mobile data untuk membolehkan membuat video chat.

3. Simplicity

OOGL1168000H_Google_Apps_Duo_Campaign_Birthday_Knock_Knock_PR_08_unslated

Simplicity. Mungkin ini perkataan yang terbaik untuk menggambarkan Google Duo. Anda hanya perlu dail no telefon rakan atau keluarga anda pada aplikasi Duo dan tekan pada butang video. Semudah itu sahaja.

Google sangat menitikberatkan tentang simplicity aplikasi ini. Aplikasi ini cuma menawarkan servis video chat yang smooth dan sangat mudah digunakan serta disediakan buat Android dan iOS. Nothing fancy.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan serta sesuai buat semua lapisan umur. Saya yakin aplikasi ini bakal memudahkan ibu bapa di kampung untuk berhubung bersama anak cucu mereka dengan lebih mudah.

Setakat ini, Google Duo masih belum dilancarkan sepenuhnya. Anda perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum Google Play Store dan iTunes sediakan untuk dimuat-turun.  Buat anda pengguna Android yang tidak sabar untuk mencuba aplikasi ini, anda boleh layari APKmirror untuk mendapatkan Google Duo versi awal. Selamat mencuba.