Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri? Hari ini mood saya agak suram. Mana tak suram apabila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi-tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ini sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan. Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ini.

1. Baby Blues

Baby blues ini kiranya level meroyan paling rendah. Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ini agak biasa untuk ibu yang baru beranak pertama kali. Yalah, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi.

Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memanglah si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ini ialah:
i. mood swing
ii. mudah cemas
iii. selalu menangis
iv. kurang selera makan
v. susah tidur

2. Postpartum Depression

Ini level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ini macam Baby Blues juga tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ini biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ini ialah:
i. mood swing yang teruk
ii. menangis yang melampau lampau
iii. susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci pada baby sendiri.
iv. rasa tak ada tenaga dan tak boleh tidur
v. rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
vi. rasa diri tak berguna

3. Postpartum Psychosis

Ini level Meroyan yang paling dahsyat. Biasanya yang kena penyakit ini akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan-bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan-bukan, sila berhati-hati.

Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Apabila disoal siasat dia boleh pula cakap dia cuma bunuh perompak sahaja. Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ini tak boleh jaga anak sendiri sebab masa itu fikiran dia dah tak rasional dah.

Sebab itu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain di jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan di dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir saja. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram.

Isteri kita baru sahaja mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat semasa melahirkan zuriat kita, janganlah kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

P/S: Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ini semua suami di dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat apabila suami tak ada ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila tag dan share pada pasangan masing-masing di ruang komen. Semoga bermanfaat.