Umum tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengumumkan senarai penuh menteri kabinet baharu Malaysia. Seperti yang dijanjikan Tan Sri Muhyiddin, beliau memilih nama-nama yang bersih dan tidak terlibat dalam kes yang melibatkan perbicaraan di mahkamah.

Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia ini turut mengundang kepada teka-teki orang ramai mengenai siapakah calon paling layak yang bakal menyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sangkaan orang ramai ternyata meleset apabila Tan Sri Muhyiddin memilih untuk melantik golongan profesional bagi mengemudi portfolio Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Ketua Pengarah Urusan CIMB Bank.

Keputusan yang diumumkan tanpa sebarang ura-ura sebelum ini dan disebut pula oleh Perdana Menteri sebagai orang yang hebat sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai individu ini. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa perkara menarik mengenai Menteri Kewangan terbaharu Malaysia.

1. Pendidikan

zafrul-bernama_20200309-seo

Dari segi pendidikan, Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan salah seorang alumni Malay College Kuala Kangsar seterusnya melanjutkan pelajaran di University of Bristol, UK dan mendapat ijazah dalam bidang Bachelor of Science (Hons) Economics and Accounting serta memperoleh Master of Arts (MA) dalam Finance and Management dari University of Exeter, UK.

2. Pengalaman pekerjaan

zafrul-aziz-284

Beliau memulakan karier beliau dengan menjadi eksekutif kewangan korporat, Arab Malaysian Merchant Bank Bhd pada 1996 sebelum melonjak ke tangga korporat bersama syarikat Tenaga Nasional Berhad, Avenue Capital Resources Bhd dan Citygroup Malaysia.

Untuk pengetahun, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai CEO Tune Money Sdn Bhd pada tahun 2007 sebelum syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh AirAsia pada tahun 2015.

Pencapaian paling membanggakan serta membuatkan orang ramai teruja sudah pastinya apabila beliau menyandang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Maybank Investment Bank sebelum beralih ke CIMB Bank Berhad. Sejak 2015, beliau menyandang jawatan sebagai ketua pengawai eksekutif bagi CIMB Group Holdings Berhad sehingga dilantik Menteri Kewangan Malaysia.

3. Meminati sukan renang, berbasikal dan marathon

Jika sebelum ini orang ramai cuma mengenali YB Khairy Jamaludin sebagai seorang menteri yang aktif dalam bidang sukan serta menamatkan cabaran IRONMAN 70.3, nampaknya Tengku Dato Seri Zafrul juga tidak kurang hebatnya.

Menurut laman Facebook JOM KITA LARI, Tengku Datuk Seri Zafrul ini sudah berjaya menamatkan 6 World Major Marathons dan mengumpul lebih daripada RM200k untuk pertubuhan amal. Beliau juga baru-baru ini telah memperbaharui rekod masa maraton terbaik beliau di Chiang Mai Marathon 2019 dengan catatan masa 4:08:55.

Turut dikongsikan, CEO CIMB Bank ini bakal memulakan latihan larian beliau sejauh 13km seawal 4.45 pagi diikuti dengan aktiviti renang sebelum memulakan kerja dan mesyuarat pada jam 8.30 pagi dan kadangkala tamat pada larut malam. Jelas menunjukkan beliau bijak mengambil peluang dalam memastikan badan kekal sihat dan fit.

antarafoto-diskusi-iora-business-summit-060317-wsj-7 (1)

Pemilihan Tengku Dato Seri Zafrul ternyata membuatkan para netizen teruja serta disambut baik. Melihat kepada pengalaman dan pendidikan yang dicapai, orang ramai mulai percaya dengan kreadibiliti beliau untuk mengemudi memegang portfolio ini dengan baik.

Difahamkan beliau juga telah meletak jawatan sebagai CEO CIMB Bank bagi memegang jawatan besar ini. Diharap beliau terus diberi kepercayaan rakyat dan ahli politik dalam menaikkan semula ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Ketahui juga senarai penuh menteri kabinet baharu Malaysia yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Sumber