Lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi sebelum masuknya Q3 2016. Ini bermakna telah tiba masanya syarikat-syarikat seperti Apple dan Samsung mengumumkan telefon ‘flagship’ terbaru mereka. Selain iPhone terbaru yang sudah membanjiri laman-laman teknologi dengan ura-ura terbaru, Samsung Galaxy Note juga turut terkena tempiasnya.

Persaingan diantara Galaxy Note dan iPhone sememangnya sengit. Persaingan ini semakin sengit selepas Apple memperkenalkan iPhone 6 Plus dengan saiz skrin yang sama dengan Galaxy Note. Mampukah Samsung Galaxy Note terbaru mendominasi prestasi dan penjualan iPhone terbaru? Berikut merupakan 3 perkara yang perlu diberi perhatian mengenai Samsung Galaxy Note terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Selamat tinggal Galaxy Note 6, Hello Galaxy Note 7

Galaxy-Note-5-10

Sama ada pertama kali mendapat tahu atau tidak, inilah ura-ura Samsung Galaxy Note yang paling hangat dibincangkan. Pada mulanya saya juga agak pelik mengapakah Samsung harus bertindak sedemikian selepas hampir 5 model sebelum ini mengikut turutan seperti biasa.

Menurut beberapa laporan, cubaan Samsung untuk menggunakan nama Galaxy Note 7 pada model terbaru ini adalah bagi menyeleraskan penggunaan nama bersama siri Galaxy S. Mungkin agak releven, namun agak lambat percaturan Samsung pada kali ini pada pendapat saya.

Seterusnya, adakah ini bermakna selepas kita akan memperlihatkan Galaxy S8 dan Galaxy S9 serta rancangan Samsung untuk menjadikan siri ‘Galaxy F’ bakal terkubur?

2. Spesifikasi

samsung-galaxy-note-6

Apabila membincangkan soal telefon pintar khususnya telefon berkategori flagship pastinya spesifikasi bakal menjadi topik yang hangat dibincangkan. Berdasarkan beberapa laporan, dijangka Galaxy Note 7 bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 823. Dijangka Galaxy Note 7 bakal menjadi antara yang pertama untuk menggunakan cip pemprosesan terbaru Qualcomm ini selain Xiaomi Mi 5s.

Peningkatan penggunaan RAM daripada 4 GB kepada 6 GB adalah dijangka mengikut kepada trend siri Galaxy Note sebelum-sebelum ini. Kehadiran OnePlus 3 dengan RAM 6 GB selaku ‘trendsetter’ juga bakal memperlihatkan Galaxy Note terbaru mengikut jejak langkah yang sama.

Galaxy Note terbaru juga bakal meningkatkan saiz skrin 5.7-inci kepada 5.8-inci. Perbezaan yang sangat sedikit namun agak ketara untuk saiz Galaxy Note yang agak besar. Harap pihak Samsung dapat mengoptimasikan penggunaan rangka dengan baik sepertimana Galaxy Note 5 yang menutupi hampir 76% bahagian depan dengan skrin.

Masih belum banyak laporan mengenai kamera yang bakal digunakan Samsung Galaxy Note terbaru. Kemungkinan kamera yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S7 dipilih serta ditambah dengan beberapa fungsi terbaru.

3. Rekabentuk

gsmarena_001

Dari segi rekabentuk, terdapat beberapa ura-ura yang mengatakan Samsung mungkin akan mengeluarkan edisi ‘edge’ sahaja atau dalam erti kata lain Samsung Galaxy Note dengan skrin lengkung sahaja. Dari segi paparan, dijangka Samsung bakal hadir dengan skrin AMOLED dengan resolusi 2K (2560 x 1440).

Kemungkinan penjualan Galaxy S7 Edge yang lebih tinggi berbanding Galaxy S7 telah membuatkan Samsung berpendapat orang ramai lebih berminat dengan skrin lengkung.

Walaubagaimanapun, segalanya bakal terjawab pada 2 Ogos 2016 ini apabila Samsung bakal mengumumkan Samsung Galaxy Note terbaru melalui acara Galaxy Unpacked 2016. Sama-sama kita nantikan #TheNextGalaxy.

galaxy-note-leak