Ramai yang tertanya-tanya macam mana ada orang boleh travel murah ke Eropah, kadang-kadang tu macam tak logik dengan harga tu.

Pada saya, semuanya bergantung pada planning korang dan sejauh mana korang research untuk dapatkan harga termurah untuk pengangkutan dan tempat tinggal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kat sini saya nak berkongsi sedikit tips untuk travel ke Eropah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Setakat ni saya travel tak ada la sampai hari-hari makan roti dann maggi, setiap malam tidur dorm, tak beli souvenirs langsung.

Kena pandai-pandai lah potong bajet mana yang patut. Antara contoh Eurotrip saya ialah :

1. UK Tour (London-Oxford-Liverpool-Manchester-Cardiff-Edinburgh). Trio berkereta dengan bajet RM3K ground price.
2. Eurotrip (Prague-Brussels-Paris-London-Salzburg-Hallstatt). RM5.5K semua termasuk tiket kapalterbang KL – Prague.
3. Italy Tour (Milan-Venice-Florence-Pisa-Rome-Naples). RM3K ground price.

Jadi kalau sesiapa ada merancang nak ke Eropah mungkin tips ni sedikit sebanyak boleh membantu korang.

tip-travel-ke-eropah-1

tip-travel-ke-eropah-3

tip-travel-ke-eropah-4

tip-travel-ke-eropah-5

A. PENGANGKUTAN

1. Kapal terbang yang selalu buat offer tambang murah di Eropah:

(a) RYAN AIR

Ni syarikat Ireland dan biasanya dialah yang paling murah macam AirAsia. Contohnya dari Prague-London boleh dapat 20euro, Prague-Brussels 19euro, Bratislava-Berlin 10euro )

(b) WIZZ AIR

Syarikat Hungary yang offer best deal terutama kalau jika jadi ahli Wizz Member Club tapi dia policy untuk luggage agak ketat. Jadi kena baca syarat dia betul-betul.

(c) EASYJET

Syarikat ni masih dikira sebagai penerbangan tambah murah tapi harga tiket mahal sikit daripada Ryan Air dan Wizz Air. Tapi masih dalam harga dikira ok.

(d) AIR VUELING – Spanish Airlines

(e) PEGASUS AIR – Turkish company

Airlines yang saya bagi ni semuanya low cost airlines yang korang boleh guna kat Eropah untuk dapatkan harga yang murah

2. Bus yang murah kat Eropah :

(a) Megabus

Yang ni antara yang paling murah dan dia cover UK, Netherlands, Perachis dan Belgium. Boleh dapat semurah 1 pound, possible tapi rare la. Saya dapat masa trip dari Brussels-Paris.

(b) Student Agency

Ni syarikat bas Czech Republic. Boleh buka website Regiojet.cz untuk booking. Bas ni sangat selesa dan service bagus sebab dia bagi kopi, ada skrin nak tengok video.

Route dia memang meliputi banyak lokasi sekitar Eropah terutama bahagian Eropah Timur. Jika dari Prague ko London korang boleh pergi dengan bas tapi perjalanan ambil masa 24 jam. Mereput dalam bas. Haha. Saya pun tak pernah buat. Contoh harga Prague-Vienna dalam 15 Euro.

(c) Eurolines

Bas ni pun selesa dan selalu ada buat offer kat website dia. Bas ni yang paling banyak cover seluruh Eropah.

(d) Flixbus – ssyarikat Jerman bas warna hijau. Murah jugak ni

3. Keretapi

Keretapi pula bergantung kepada negara mana. Saya boleh cadangkan untuk Italy guna syarikat Trenitalia ataupun Italo dari satu bandar ke bandar lain. Beli awal untuk dapat harga murah dan boleh merasa naik high speed train. Keretapi kat Eropah ni boleh jadi murah dan boleh jadi mahal.

4. Kereta ataupun road trip

Ni antara paling murah dan selesa kalau jalan ramai-ramai.

B. PENGINAPAN

1. Booking.com

Ni mungkin website kegemaran saya untuk penginapan sebab dia offer harga yang menarik untuk hotel. Kadang-kadang harga dia bagi sama je dengan kita book hostel tapi sebaliknya dapat duduk di hotel.

Satu lagi best sebab dia bagi free cancellation dan bayar masa menginap. Jadi kita boleh batalkan bila-bila masa dalam tempoh yang dia bagi.

2. Airbnb.com

Sesuai kalau datang dengan keluarga dan korang nak masak masa travel. Harga dia pun menarik juga.
3. Hostelbookers.com – untuk cari hostel murah kat sini la.
4. Hostelworld.com – untuk cari hostel gak.
5. Couchsurfing.com – untuk sesiapa yang nak duduk free dan tak kisah tinggal diĀ  rumah orang tempatan dan nak dapat kawan baru. Ini lah platform terbaik.

Baca: 5 Tip Travel Dalam Kumpulan Agar Anda Kekal Gembira Di Sepanjang Pengembaraan

tip-travel-ke-eropah-6

tip-travel-ke-eropah-7

tip-travel-ke-eropah-8

tip-travel-ke-eropah-9

C. MAKANAN

Bab makanan ni bagi saya tak perlu la bawak makanan dari Malaysia. Kalau nak pun mungkin bawak maggi je cukup. Antara benda best kalau travel ni bagi saya adalah makan. Untuk makan murah, korang boleh :

1. Kedai runcit – kalau korang jumpa kedai orang Vietnam ataupun orang Bangladesh, kedai diorang la paling murah untuk beli air ke biskut ke.

2. Supermarket – singgah la Tesco ke apa-apa supermarket yang korang jumpa untuk beli roti buat breakfast.

3. Street food – saya suka makan makanan tempatan kalau travel. Mesti ada orang bertanya, halal ke? Ok bagi kami yang belajar kat luar negara ni selagi makanan tu tak ada babi atau daging, kalau setakat roti dalam dia keju dan tomato, pasta pomodoro, atau fish fillet burger insyaAllah halal macam kat Malaysia.

4. Fast food dan kebab (kat Eropah ni jalan mana-mana je mesti jumpa kedai kebab. Kebanyakannya halal dan harga pun boleh dapat sekitar 5 Euro.

Panjang pulak rasanya. Saya harap tips ni dapat membantu sesiapa yang nak merancang ke Eropah. Selamat bercuti!

Baca lagi: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel