Saya pelajar sosiologi yang sentiasa mempunyai perasaan ragu-ragu terhadap masa depan saya dalam bidang ini tetapi perasaan terpaksa dan ragu-ragu itu hilang semasa saya berada di Alun-alun Kota Bandung, Indonesia.

Di sini saya terlihat betapa ramainya manusia perlu difahami dan dibantu dan tidak saya sangka 3 perkara ini akan sentiasa terpahat di hati saya:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jika ingin memahami seseorang ,anda perlu fahami masyarakat yang sentiasa bersamanya.

Di dalam sosiologi saya didoktrin bahawa individu mempelajari sesuatu daripada keluarga,kawan dan masyarakat melalui perbualan,pengaulan dan tingkah laku.

Kadang-kadang seorang kakak memarahi adiknya kerana merengek-rengek kerana kakak telah belajar melalui pemerhatiannya terhadap sikap ibubapa mereka yang sering memarahi beliau kerana sikapnya yang suka merengek.

Bukan itu sahaja, dari segi makanan juga begitu, ibubapa yang sentiasa menjaga diet anaknya dari kecil juga akan memberi kesan kepada pemakanan anak mereka di masa hadapan. Hal ini kerana anak belajar cara pemakanan ibubapa mereka melaui tindakan harian.

Mengenali seseorang bukan hanya mengenali individu itu sahaja, bergaulah bersama keluarga, kawan dan orang sekitar untuk memberi pemahanan yang menyeluruh dalam memahami individu. Jangan syok bercinta sampai lupa untuk memahami pasangan.

2. Hidup ini tiada ruang untuk melakukan semua perkara sendirian

Dalam pengenalan subjek sosiologi saya diperkenalkan dengan tokoh yang bergelar Emile Durkheim.

Beliau memperkenalkan konsep ‘Organic Solidarity’ yang menyatakan bahawa setiapa individu perlu begantung antara satu sama lain untuk kesinambungan hidup dan masyarakat ini seperti satu tubuh.

Sedar atau tidak, Bazar Ramadhan itu sendiri menyokong kosep ini, hiks. Dengan adanya bazar Ramadhan dapat membantu ibubapa yang bekerja untuk  menyediakan juadah berbuka puasa kepada anak-anak.

Malahan, ia membantu dalam memenuhi keperluan citarasa setiap individu. Konsep saling bergantung ini tidak akan pernah pudar dalam ketamadunan manusia.

Sejauh mana pun ada mengelar diri anda ‘’The Lone Wolf‘’ percayalah bahawa kita semua bergantung dan mula lah untuk mengenal manusia kerana anda tidak pernah rugi. Sekadar berkongsi makanan, menonton cerita dan borak-borak biasa sudah memadai.

3. Manifest dan Latent

Ketika saya di tahun satu dalam bidang sosiologi ini, saya didedahkan dengan 2 konsep yang boleh mengubah pandangan saya.

Terima kasih pada Robert Merton atas huraian lebar beliau terhadap konsep ‘Manifest function‘ dan ‘Latent Function.

Manifest function ini adalah perbuatan yang membawa kebaikan kepada masyarakat dan Latent Function ini pula sebaliknya.

Di dalam setiap perkara yang kita lakukan pasti membawa kebaikan kepada diri tetapi mungkin membawa keburukan kepada orang lain.

Duit raya adalah sesuatu yang dinanti oleh anak-anak buah menjelang aidilfitri tetapi sedar atau tidak mampu mempokaikan pakcik dan makcik anda.

Sosiologi ini sangat menarik jika anda membuka mata dan hati untuk mendalaminya.

Selamat beramal.