Sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel 12 idea dekorasi ruang kerja yang minimalis untuk inspirasi anda. Oleh kerana konsep minimalis ini terinspirasi dari gaya hidup Zen (berasal daripada Jepun), perkara yang utama adalah untuk meminimalkan sehabis mungkin peralatan termasuk perabot. Menurut kepercayaan mereka, semakin sedikit perabot atau benda yang kita miliki maka semakin tenanglah kehidupan kita.

Selain daripada penggunaan perabot, pemilihan warna juga amat penting. Selalunya konsep bertemakan minimalis lebih cenderung untuk melebihkan warna putih dalam terapan dekorasinya. Ini kerana warna putih dikaitkan dengan kebersihan dan ketenangan. Berbalik kepada dekorasi ruang kerja yang minimalis, di sini kami kongsikan kepada anda 3 jenis meja putih dengan rekabentuk yang minimalis untuk anda gunakan dalam idea dekorasi nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Meja Segi Empat Rata

1

Meja dengan kaki meja berbentuk petak ini antara yang paling kami suka. Kelihatan lebih kukuh dan ringkas. Dapatkan di sini.

2. Meja Segi Empat Boleh Laras (adjustable)

2

Meja ini pula sesuai untuk kegunaan kerja-kerja ringan, cukup untuk muatkan sebuah laptop. Tersedia dengan fungsi boleh laras untuk anda suaikan ketinggian mengikut keselesaan. Dapatkan di sini.

3. Meja Segi Empat

3

Seakan-akan rekabentuk meja IKEA, meja ini sedikit luas dan sesuai dijadikan meja komputer. Dapatkan di sini.

Oh ya, meja di atas tak semestinya digunakan untuk ruang kerja sahaja, anda bebas menggunakannya mengikut kesesuaian dan keperluan. Jangan lupa kongsi artikel ini di wall Facebook anda.