Kurang lebih sebulan sahaja lagi sebelum Apple iPhone dilancarkan secara rasmi dan pada minggu ini dikhabarkan Apple bakal mengeluarkan 3 warna rasmi sempena model terbaru mereka. Warna putih, hitam dan rose gold antara yang tersedia dengan gandingan penggunaan material kaca dibahagian belakang. Placement kamera secara menegak nampak bakal menjadi realiti setelah beberapa ura-ura sebelum ini turut menyatakan perkara yang sama. Adakah Apple iPhone terbaru ini bakal menjadi model tercantik pernah dihasilkan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.