Apple pada selalunya pasti akan mengumumkan produk keluaran mereka dengan mengadakan event terkemuka. Namun pada kali ini Apple mengambil pendekatan berbeza untuk mengumumkan empat produk terbaru secara ‘senyap-senyap’. Salah satu daripadanya adalah iPhone 7 dengan kemasan warna merah satin yang berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Mungkin disebabkan kemaskini terbaru produk-produk keluaran terbaru ini tidaklah terlalu banyak bezanya, Apple bertindak untuk mengemaskini harga dan model tersebut di ruangan Apple Store sahaja. Berikut merupakan antara produk terbaru Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Apple iPhone SE 128 GB

Untuk pengetahuan anda iPhone SE merupakan model terakhir keluaran Apple yang mempunyai ruang storan dengan saiz 16 GB. Disebabkan saiz storan 16 GB dilihat tidak lagi releven ketika ini, Apple bertindak untuk menghentikan penjulan iPhone SE 16 GB secara rasmi dan menggantikan dengan iPhone SE 32 GB dan 128 GB.

Ruang storan yang lebih besar dan bersesuaian dengan kehendak pengguna pada masa kini. Berikut merupakan harga terbaru yang diumumkan Apple buat iPhone SE untuk dua saiz storan yang berbeza.

2. iPad

Masih ingat dengan model iPad Air 2? Kini model tersebut dinamakan sebagai ‘iPad’ sahaja. Kesemua spesifikasi dikekalkan kecuali processor yang diberi penambahbaikan dengan pengguna cip A9 berbanding A8X seperti sebelum ini. iPad bakal mula dijual dengan harga RM1,549 dengan saiz storan bermulad daripada 32 GB.

3. Clips

Memandangkan penghasilan video pendek antara yang menjadi trend ketika ini, Apple telah memperkenalkan sebuah aplikasi terbaru mereka iaitu Clips. Berbeza aplikasi ini berbanding Instagram, Snapchat dan sebagainya adalah aplikasi ini memfokuskan kepada video-editing. Pengguna berpeluang untuk menyertakan muzik dan filter sebelum dimuat naik ke laman sosial. Aplikasi Clips ini bakal menemui pengguna pada April ini.

Sumber