Jika anda seorang yang membesar dengan permainan konsol seperti PS1 dan PS2 pastinya permainan konsol terbaru Sony ini antara yang berada di dalam wishlist anda. Sama ada kesuntukan masa atau budget yang tidak mencukupi mungkin antara sebab anda belum mendapatkan PS4 pada ketika ini.

Dalam pada itu, tahukah anda kini merupakan antara masa yang terbaik untuk anda dapatkan mendapatkan konsol PS4. Soal terlalu lambat atau tidak untuk mendapatkan PS4 ini bukan lagi alasan bak kata pepatah better late than never.

Tanpa melengahkan masa, berikut merupakan 3 sebab sekarang merupakan masa yang tepat untuk dapatkan Sony PS4.

1. Sokongan game yang pelbagai

Dilancarkan pada akhir 2013, sudah pastinya konsol ini sudah sarat dengan kepelbagaian game yang boleh dipilih. Sebut sahaja genre yang anda minat, pastinya PS4 bakal memenuhi kehendak gaya permainan anda.

Selain itu, Sony turut menawarkan beberapa game yang dilancarkan eksklusif hanya buat PS4 seperti Infamous, Until Dawn, The Last Guardian dan Uncharted dimana sebahagian darinya merupakan sambungan kepada siri game yang tersedia pada PS2 dan PS3.

Uncharted 4: A Thief’s End

Jika anda seorang yang suka throwback atau retro games, PS4 turut menawarkan koleksi game klasik yang tersedia pada PS1 dan PS2. Buat 90’s kid, pengalaman bermain Ratchet & Clank dan Crash Bandicoot pastinya dapat mengimbau zaman kanak-kanak anda.

Berbincang dari segi harga game, kami berpendapat dengan pertambahan ahli komuniti PS4 di Malaysia ini, mendapatkan game secara secondhand bukan lagi suatu perkara yang sukar. Tidak dilupakan juga harga yang dijual juga pastinya lebih rendah.

Anda boleh ikuti komuniti ahli group PS4 Malaysia seperti PS4 Malaysia Gang sebagai salah satu altenatif untuk mendapatkan game PS4.

2. Bukan sekadar platform bermain game

PS4 juga sememangnya antara konsol yang aktif mengeluarkan update terbaru. Selain digunakan sebagai platform untuk bermain game, anda juga turut boleh gunakan PS4 sebagai hub untuk melayan aplikasi-aplikasi seperti Youtube, Spotidy dan juga Netflix. Memang enjoy habis.

Lebih berbaloi, melalui kemaskini terbaru, Sony turut membolehkan pengguna untuk menggunakan external hard disk sebagai ruang storan tambahan. Pastinya lebih mudah berbanding menggantikan ruang storan secara internal yang dilihat lebih kompleks.

3. Harga yang rendah dan berbaloi-baloi

Screen_Shot_2017-12-12_at_12_49_32_PM

Salah satu sebab utama anda perlu mendapatkan Sony PS4 ketika ini adalah kerana harganya. Ya, harganya yang pada pendapat kini sudahpun rendah pada awal tahun ini kini ditawarkan di Lazada dengan harga yang lebih rendah. Klik di sini untuk laman penjualan.

Pengguna turut ditawarkan dengan 2 warna menarik iaitu warna hitam klasik dan glacier white. Oh ya, anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan warna dualshock atau controller di sini.

Tawaran yang dilancarkan secara terhad ini turut menawarkan pembayaran secara ansuran buat para pengguna sehingga 12 bulan. Jika anda sedang bercita-cita untuk mendapatkan PS4 inilah masanya.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan rumah bujang anda. Mungkin ini ‘barangan’ yang anda perlukan untuk buatkan rumah anda lebih meriah dengan pertarungan FIFA 18 atau PES 2018.

Baca lagi: 3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Dapatkan PS4 Pro