BlackBerry OS mungkin bukan lagi OS yang digemari para pengguna ketika ini. Limitasi aplikasi telah membuatkan OS ini dibelakang Android, iOS dan juga Windows Phone.

Mengetahui jumlah pengguna yang sedikit mungkin tidak mengejutkan anda sehingga baru-baru ini statistik melaporkan cuma terdapat 0% pengguna smartphone yang menggunakan BlackBerry OS ketika ini. Jumlah pengguna BlackBerry yang semakin menurun ini memperlihatkan jenama ini kini cuma mempunyai 207,900 pengguna sahaja dengan peratusan 0.0482%.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesuatu yang agak menyedihkan buat jenama yang pernah gah suatu ketika dahulu bersama Nokia. BlackBerry juga disahkan rugi sejak beberapa tahun terakhir ini dan dikatakan bakal menghentikan pengeluaran smartphone terbaru.

Dimana silapnya BlackBerry sehinggakan tidak lagi menjadi pilihan pengguna? Berikut merupakan 3 ‘dosa’ BlackBerry yang membuatkan jenama yang famous dengan BBM ini terus jatuh.

  1. Lambat mengikuti trend semasa

Ketika mana Android mula hadir, platform yang digunakan Blackberry tampak masih stabil. Apatah lagi dengan jumlah pengguna yang ramai. Alasan menggunakan Blackberry dengan sebab physical keyboard dan tujuan permesejan masih releven ketika itu sehinggalah orang ramai mula beralih ke smartphone dengan touch screen penuh.

Blackberry juga ada menggunakan platform Android namun keputusan yang diambil seperti sudah terlambat apabila mula dilancarkan. Tidak dilupakan juga BlackBerry mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan smartphone dengan fungsi touch screen penuh. Jenama-jenama seperti Samsung dan Sony mendahului dari segi jumlah pengguna.

2. Aplikasi WhatsApp

Jika terdapat satu aplikasi yang mampu membunuh BlackBerry Messenger pastinya tidak lain dan tidak bukan adalah WhatsApp. Sebuah aplikasi permesejan yang paling mudah digunakan dengan user interface yang sangat mesra pengguna.

Ketika WhatsApp mula naik juga menandakan berakhirnya zaman kegemilangan BBM. Orang ramai mula beralih kepada aplikasi yang mudah diakses pada smartphone Android dan iOS.

Tidak dinafikan terdapat beberapa aplikasi permesejan sebelum WhatsApp yang membawakan fungsi yang sama namun gagal untuk ‘mencuri hati’ pengguna seperti WhatsApp.

3. Melepaskan BlackBerry Messenger kepada Android dan iOS

Kami tidak pasti apa yang difikirkan BlackBerry ketika melepaskan aplikasi yang menjadi USP mereka kepada umum secara percuma. Hasratnya untuk meningkatkan lagi komuniti yang menggunakan BlackBerry Messenger ternyata gagal selepas orang ramai sekadar menggunakan aplikasi ini untuk percubaan.

Hal ini juga secara tidak langsung membuatkan BlackBerry tidak lagi ‘special’ di mata pengguna. Kurang satu sebab mendapatkan BlackBerry kecuali kerana keyboard fizikal serta jenamanya.

Masihkah ada harapan?

Mungkin terlalu awal untuk mengatakan BlackBerry harus mengikuti jejak langkah Nokia namun itulah yang sepatutnya. Mengapa Nokia? Kerana kedua-dua jenama ini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri yang dibina sejak sekian lamanya.

Cumanya langkah Blackberry untuk ‘comeback’ haruslah lebih sesuai dengan kehendak pengguna ketika ini. Pemilihan untuk menggunakan physical keyboard atau keyboard touch screen haruslah diselesaikan terlebih dahulu.

Kami ingin mengucapkan all the best buat Blackberry. Jenama ini masih diteruskan namun tidak lagi memfokuskan kepada pengeluaran smartphone terbaru. Nampaknya tiada lagi ungkapan ‘nak BB Pin please‘ bakal kedengaran selepas ini.