Bagi anda yang baru mula kerja, sibuk tu perkara biasa. Nak sesuaikan diri dengan suasana baru, ditambah pelbagai meeting dan perjumpaan bersama client di lokasi berlainan membuatkan anda kena pantas bergerak setiap hari.

Justeru itu, memiliki laptop yang canggih dan serba boleh adalah wajib supaya tugasan berjalan lancar setiap hari. Maknanya, HUAWEI MateBook 13 yang baru dinaik taraf khusus untuk kegunaan usahawan muda dan yang baru mula kerja sangat sesuai buat anda.

Hadir dengan cip pemprosesan Generasi Ke-10 Intel, 16GB RAM dan 13 inci 2K HUAWEI FullView Display, HUAWEI MateBook 13 adalah laptop terbaik untuk kegunaan anda yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Nak tahu kenapa?

1. Kerja lebih cekap

kerja

Oleh kerana HUAWEI MateBook 13 didatangkan dengan sistem operasi Windows 10, ia mampu bekerja secara lebih dan memaparkan paparan hebat melalui FullView Display dengan 88% screen-to-body ratio.

Tak kiralah anda tengah buat kajian client punya case study atau mencari gambar bersesuaian untuk anda masukkan dalam proposal client, skrin dengan nisbah 3:2 pada HUAWEI MateBook 13 sangat sempurna untuk pengalaman visual terbaik.

Selain tu, anda juga boleh menggunakan navigasi pada skrin kerana ia dilengkapi skrin high-precision multi-touch! Ia telah diperhalusi dan akan memberikan respon terhadap setiap sentuhan dengan tepat.

Contohnya, kalau korang nak ambil screenshot untuk dikongsikan kepada rakan sekerja, cuma swipe ke bawah dengan tiga jari pada skrin. Gambar paparan skrin yang jelas dan tepat terus boleh ditangkap, hebat kan?

2. Tingkatkan produktiviti

Picture1

Kita biasanya akan guna smartphone dan laptop dalam masa sama, malah kedua-duanya penting kalau nak siapkan kerja. Tapi, pernah tak anda ada masalah ketika memindahkan fail atau gambar dari smartphone sebab tak ada sambungan internet atau tak jumpa kabel USB?

Kini, dengan HUAWEI Share yang membolehkan sokongan Multi-screen Collaboration, anda boleh combine smartphone dengan HUAWEI MateBook 13 menjadi satu peranti dengan satu tap sahaja!

Skrin phone anda akan dipaparkan pada laptop dan seterusnya membolehkan anda drag and drop fail dari smartphone ke laptop sementara anda mesej client atau rakan kerja menggunakan keyboard dan mouse yang sama. Senangnya!

3. Outstation lebih senang

h4

Bila kena kerja luar office, outstation atau jumpa client dekat luar, mestilah anda kena bawa laptop. Memandangkan berat HUAWEI MateBook 13 cuma 1.3 kilogram (kg) dan mempunyai rekaan minimalis dengan tepi melengkung, ia adalah laptop ideal untuk anda bawa ke mana-mana.

Lagi best, HUAWEI MateBook 13 dilengkapi Fingerprint Power Button yang membolehkan anda login lebih cepat dengan hanya satu sentuhan cap jari. Tak perlu lagi nak masukkan password dengan cara yang menyelecehkan. Menarik bukan?

Malah, anda tak perlu risau lagi laptop kehabisan bateri ketika outstation kerana HUAWEI MateBook 13 dilengkapi bateri berkapasiti besar, teknologi Quick Charger serta pocket charger 65W USB-C 160 gram (g) yang versatil dan boleh digunakan untuk memindahkan data juga!

Dapatkan HUAWEI MateBook 13 di Karnival HUAWEI AppGallery

mvimg_20190106_095303-2-100784528-large

Kalau nak dibandingkan HUAWEI MateBook 13 dengan laptop kat luar sana, HUAWEI MateBook 13 lebih hebat dari segi pengenalan teknologinya. Ditambah rekaan potongan berlian di setiap penjuru, dari jauh nampak ia sebuah peranti mewah yang sempurna untuk usahawan muda dan anda yang baru mula kerja.

Klik di sini kalau nak tengok apa Alvin Chong kongsikan mengenai HUAWEI MateBook 13.

HUAWEI MateBook 13 boleh didapati dalam warna space grey dengan harga bermula daripada RM3,499, RM4,499 dan RM4,999 mengikut spesifikasi tertentu. Dengan setiap pembelian, anda akan dapat HUAWEI Laptop Backpack, HUAWEI Bluetooth Mouse dan HUAWEI Band 4 secara PERCUMA! Dapatkannya dengan klik di sini.

h1

Kalau anda nak lebih banyak promosi dan hadiah menarik, jom ke Karnival HUAWEI AppGallery! Sudah berlangsung dan bakal berakhir pada 30 Jun ini, semua pelanggan berpeluang menikmati pelbagai penjimatan di HUAWEI Experience Store dan HUAWEI Store.

Malah, anda boleh jadi yang bertuah untuk membawa pulang sebuah Proton X70 atau skuter elektrik tau! Tunggu apa lagi? Jom ke HUAWEI Experience Store atau HUAWEI Store hari ini! Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Huawei pada minggu ini telah melancarkan tablet berprestasi tinggi mereka iaitu Huawei MatePad Pro 5G dengan harga RM3,299. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Huawei Malaysia Lancar MatePad Pro 5G, Dijual Pada Harga RM3,299

Vocket Review: Kami Sahut Cabaran Calarkan Huawei P40 Pro+ Dan Rendam Peranti Ini Selama 20 Minit