Mencari komputer riba yang sesuai dengan keperluan serta berada dalam bajet kadang kala mungkin memeningkan kepala buat sesetengah pihak. Kehadiran teknologi dan spesifikasi yang pelbagai terkadang membuatkan anda rambang mata dalam memilih komputer riba yang terbaik untuk didapatkan.

Dalam pada itu, sudah pastinya yang mendambakan komputer riba yang serba pantas bagi memudahkan urusan harian dapat diselesaikan dengan lebih lancabar serta hadir dengan harga mampu milik.

HUAWEI tampil dengan seleksi produk baharu menerusi Siri Huawei MateBook. Pada pendapat kami, siri HUAWEI MateBook keluaran pada kali ini nyata berbaloi untuk dimiliki. Ikuti lebih lanjut mengapa anda juga perlu mendapatkannya.

1. Dilengkapi processor AMD Ryzen™ 4000H

huawei-matebook-x-pro-pc-v1

Menerusi siri HUAWEI MateBoook, kesemua produk daripada siri ini hadir dengan processor AMD Ryzen™ 4000H yang menawarkan kuasa pemprosesan yang pantas serta membolehkan anda multitasking tanpa perlu risau dengan masalah melibatkan lagging.

Para pengguna juga berpeluang memilih HUAWEI MateBook dengan processor AMD Ryzen™ 5 4600H and AMD Ryzen™ 7 4800H mengikut keperluan seharian. Bukan itu sahaja, sekiranya anda memerlukan lebih kuasa pemprosesan, HUAWEI MateBook sedia menawarkannya menerusi Performance mode. Menarik bukan?

2. Hadir dengan rekaan yang moden dan nipis – hanya 15.9mm

vocket-1

Selain daripada spesifikasi yang mantap, sudah pastinya orang ramai mencari komputer riba yang mudah untuk dibawa berdasarkan saiz serta beratnya. HUAWEI MateBook 14 berjaya melengkapi kedua-dua kriteria tersebut berat 1.49kg sahaja dengan ketebalan 15.9mm.

Meskipun hadir dengan saiz yang nipis, HUAWEI turut berjaya menawarkan skrin 2K FullView Display membolehkan para pengguna mendapatkan skrin yang terang dan jelas dalam menjalankan kerja seharian mahupun untuk menonton movie. Hadir pula dengan warna Space Grey, pastinya Huawei MateBook menawarkan penggayaan buat para penggunanya.

3. Segalanya lebih mudah dengan siri HUAWEI MateBook

huawei_laptop_01_preview_thumb1200_4-3
HUAWEI MateBook X Pro

Menyoal dari segi sekuriti, HUAWEI sememangnya mementingkan sekuriti pengguna di mana siri HUAWEI MateBook turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Dalam erti kata lain, anda boleh ucapkan selamat tinggal buat password anda yang panjang dan melecehkan.

Menariknya, HUAWEI MateBook 14 turut berkongsi charger yang sama seperti telefon pintar. Dalam erti kata lain, anda hanya perlukan sebuah charger untuk komputer riba dan juga telefon pintar anda.

00-multi-screen-collaboration

Buat anda yang kerap berkongsi fail atau gambar melalui komputer riba dan telefon pintar, kini kerja anda pastinya lebih mudah dengan adanya HUAWEI Share.

Sekiranya anda kerap menggunakan komputer riba bagi tujuan kerja berat melibatkan suntingan dan sebagainya, HUAWEI MateBook X Pro antara yang berbaloi dan sesuai dimiliki. Kuasa prestasinya yang jauh lebih tinggi berbanding model lain daripada siri HUAWEI MateBook 14 pastinya memudahkan kerja anda.

MateBook14 series coming soon BM
Para pembeli juga bakal turut menerima hadiah menarik daripada HUAWEI

Buat para pengguna biasa, HUAWEI MateBook D 14 sudah cukup memadai pada pendapat kami. Buat anda yang mahukan saiz skrin yang lebih besar, HUAWEI turut menawarkan HUAWEI MateBook D 15 yang pastinya memenuhi keperluan anda dengan harga yang mampu milik.

Apa tunggu lagi? Layari Facebook HUAWEI atau layari laman rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Selain HUAWEI MateBook, jenama ini turut menawarkan beberapa lagi produk menarik terdiri daripada HUAWEI WATCH FIT dan FreeLace Pro.

HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda

HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’

Rasai Pengalaman Pembelajaran Terunggul Hari Ini Dengan HUAWEI MateBook X Pro