Ilmu itu pelita hidup. Biasa kita mendengar ungkapan ini bagi menerangkan berapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Buat anda yang sedang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 akan berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley pada 17 & 18 Mac dan 24 & 25 Mac 2018 (Dewan 1,2,3, Atrium dan Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Siapa yang perlu hadir ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 ini? Anda yang khususnya pelajar SPM,STPM dan UEC, guru, pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang mahu melanjutkan pelajaran perlu hadir kerana anda akan didedahkan dengan peluang untuk belajar di kolej atau universiti terbaik dalam bidang yang anda inginkan. Di bawah adalah beberapa sebab utama anda perlu ke ekspo ini minggu hadapan.

1. Pembiayaan pengajian

edu cover

Ekspo ini menyediakan pilihan pengajian lanjutan di Malaysia dan luar negara untuk bidang merangkumi daripada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan lain-lain. Khidmat nasihat Biasiswa dan Program Subsidi Bayaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hai Qing Programmes juga ada untuk anda yamg memerlukan tanggungan pengajian.

2. Khidmat nasihat untuk bidang yang anda mahu ceburi

Edu Fair

Para pengunjung juga boleh mendapatkan nasihat terbaik daripada ahli pendidikan dan kaunselor tentang jenis-jenis kursus dan bidang akademik yang boleh didapati di Malaysia serta di luar negara. Anda juga akan didedahkan dengan pilihan bidang yang pelbagai antaranya sains Komputer, perubatan, kerjaya dalam bidang kulinari, pengajian komunikasi, krew kabin, kejuteraan dan banyak lagi.

3. Perkongsian kerjaya secara live

Perkongsian kerjaya secara live turut akan berlangsung sepanjang ekspo ini. Ceramah Kerjaya akan memberikan anda gambaran dan pandangan yang lebih jelas tentang bidang yang akan anda ceburi. Tetapi anda perlu cepat dan peka kerana tempat yang ditawarkan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tiada lagi kekusutan untuk kursus apa yang sesuai untuk anda, di mana tempat untuk anda sambung pengajian dan bidang apa yang perlu anda eburi atau sambung. Semuanya bakal terjawab di ekspo ini. Luangkan masa anda pada 17 & 18 Mac 2018 dan ketahui potensi diri anda yang sebenar.

edu fair 2