Hello semua! Sedar tidak sedar sudah hampir separuh bulan kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini bermakna tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu, sudahkah anda mempersiapkan kelengkapan pakaian serta barangan lain bagi menyambut Hari Raya dengan lebih meriah? Jika belum, kami cadangkan anda ke Sunway Pyramid yang kini sedang mengadakan sale bagi beberapa jenama terkemuka.

Tidak hanya menawarkan promosi, Sunway Pyramid juga sebenarnya merupakan hub atau one stop center sekiranya anda bercadang untuk shopping. Ini sebabnya:

1. Semuanya tersedia di satu tempat

Sumber: TravelHubKL

Dengan penawaran lebih 900 kedai yang tersedia di Sunway Pyramid, mendapatkan barangan keperluan memang bukan lagi masalah utama.

Kami mulakan cadangan kami dengan dengan beberapa barangan utama yang selalu pengguna dapatkan menjelang perayaan. Sekiranya anda ingin mendapatkan baju kurung, kurung moden atau mungkin kebaya anda boleh dapatkannya di Butik Rimba. Difahamkan mereka juga turut membawa beberapa design terbaru pada musim perayaan ini.

Jika anda lebih cenderung untuk mendapatkan pakaian trendy, Uniqlo antara destinasi yang boleh dituju. Untuk pengetahuan anda, Hana Tajima bersama Uniqlo turut mengeluarkan koleksi terbaru menggabungkan konsep moden dan tradisional membuatkan si pemakai kelihatan lebih berketerampilan dan bersahaja di Hari Raya.

Butik Trollbeads pertama di Kuala Lumpur

Sesuai buat pencinta aksesori, Sunway Pyramid mungkin antara pasaraya yang paling anda sukai berikutan pelbagai pilihan gedung aksesori yang tersedia. Trollbeads, Lovisa dan Shinju Pearls antara yang kami cadangkan untuk disesuaikan dengan baju raya anda.

Sekiranya, anda sedang mencari kasut dan tas tangan yang berkualiti serta hadir dengan fesyen terkini, Braun Buffel, Bonia, Aldo dan Pedro antara yang tersedia di Sunway Pyramid. Memang puas kalau nak shopping!

Menjelang hari raya pastinya anda tidak akan terlepas daripada bertandang ke rumah terbuka. Alang-alang bertandang ke rumah terbuka, apalah salahnya sekiranya anda menghadiahkan kepada tuan rumah sedikit buah tangan atau cenderamata.

Crabtree & Evelyn, Marks & Spencer, Pure Cookies, Famous Amos, and Cocoa Trees antara kedai yang boleh tuju sekiranya anda sedang mencari buah tangan atau cenderamata di Sunway Pyramid.

Anda juga boleh dapatkan wangian khas dari timur tengah buat ibubapa atau kepada yang tersayang khusus di Arabian Oud. Untuk membuatkan sambutan perayaan di rumah anda lebih meriah, anda juga boleh dapatkan sejambak bunga berkualiti tinggi terus daripada outlet Fleurs@Marrakesh.

2. Pusat membeli belah untuk seisi keluarga

Kami faham mendapatkan pakaian atau busana sempena hari raya kadang kala memakan masa yang agak lama. Sekiranya anda shopping secara bujang mungkin bukan masalah namun bagaimana jika anda bersama anak-anak kecil. Pasti lebih sukar bukan?

Jangan risau, biar The Parenthood hiburkan dan jagakan anak anda buat sementara waktu. Penyediaan mainan, puzzle dan indoor playland pastinya membuatkan anak anda terhibur serta leka untuk berada di The Parenthood untuk jangka masa yang lama.

Ibu ayah nak shopping juga lebih tenang dan tidak lagi risau memikirkan anak mereka yang gembira bermain.

3. Penyediaan restoran yang pelbagai

Sumber: IlyasRidzuan

Dah puas shopping dan senang mencari untuk mencari restoran untuk berbuka? Katakan saja apa yang anda inginkan. Sekiranya tekak anda inginkan makanan barat, anda boleh tuju ke Tony Roma dan NY Steak Shack yang terletak di sudut western.

Selain itu, masakan Indonesia juga tersedia di Sunway Pyramid. Anda boleh lawati ke Ole-Ole Bali dan Ayam Penyet Ria. Dalam erti kata lain, kalau nak berbuka dan shopping di Sunway Pyramid, memang tak perlu risau. Semuanya tersedia dan pilihan yang pelbagai.

Sumber: Tastylilworld

Oh ya, jangan lupa cuba masakan timur tengah di Tarbush dan Mandi Hadramot yang sememangnya popular di kalangan pengunjung. Pengalaman menjamu selera ditambah pula dengan rekaan dalaman yang tersedia di kedua-dua restoran ini kami jamin, anda tidak akan dapatkannya di tempat yang lain.

Dikhabarkan Sunway Pyramid turut mengambil inisiatif dengan menghiasi ruangan pasaraya mereka dengan dekorasi bersesuaian dengan tema Hari Raya yang bakal kunjung tiba. Pastinya membuatkan mood shopping Raya anda bertambah.

Sumber: lovelyhandmade cards

Selain itu, Sunway Pyramid turut mengadakan bengkel paper cutting yang boleh disertai oleh ibu ayah bersama anak-anak. Bengkel ini bakal dikendalikan oleh para pakar bagi mengajarkan kepada para peserta cara untuk menghasilkan hasil seni mengikut kreativiti tersendiri.

Bengkel ini bakal dijalankan pada setiap hujung minggu bermula 2 Jun sehingga 2 Julai 2017. Sebelum terlambat, Pihak Sunway ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat membeli-belah!