Air suci lagi menyucikan. Saya pernah ditegur ketika membawa botol air ke dalam tandas di sebuah negara di Eropah, katanya akan menyebabkan tandas basah dan kotor.

Dia sarankan supaya saya gunakan saja tisu kering yang disediakan dan ianya lebih bersih. Saya berikan dia 3 persoalan untuk dia jawab :

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kenapa anda basuh kereta menggunakan air dan tidak menggilap saja dengan kain kering?

2. Kenapa anda basuh pinggan menggunakan air dan tidak mengesat saja dengan tisu?

3. Kenapa anda mandi menggunakan air dan tidak mengelap saja dengan tuala kering?

Baca: Tikus Sebenarnya Boleh Masuk Ke Lubang Tandas Melalui Paip Pembentungan

tandas-2

Saya pun mencelah lagi. Kenapa pula masa untuk membersihkan najis anda menggunakan tisu? Tidakkah itu akan meninggalkan kotoran di dubur anda? Dia terdiam tanpa dapat menjawab semua persoalan tersebut.

Sebenarnya ada betulnya juga akan menyebabkan tandas kotor. Kita sebagai pengguna perlu lebih cermat dan peka dengan kebersihan ketika menggunakan air di dalam tandas. Takkan diri kita je nak bersih dan biarkan tandas kotor.

Baca lagi: Selepas Melihat Ini, Anda Pasti Tidak Ingin Gunakan Mesin Pengering Di Tandas Lagi