Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan MRT, tiga stesen MRT bagi Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) akan ditutup sepenuhnya pada 17 dan 18 November ini. Tiga stesen MRT yang terlibat adalah Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd. Zain, bagi mengatasi masalah tersebut, perkhidmatan bas perantara akan disediakan antara Stesen Kwasa Sentral dan Stesen Sungai Buloh dengan kekerapan waktu operasinya antara tujuh hingga 15 minit.

Penutupan ini berikutan memberi laluan kerja penyambungan rel bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Walau bagaimana pun, stesen MRT lain tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.