Sebelum ini Samsung pernah mengatakan mereka tidak lagi akan menjual Samsung Galaxy Note 7 semula di dalam keadaan refurbishWalaubagaimanapun, memperlihatkan Galaxy Note 7 yang berpotensi untuk dikitar semula, Samsung baru-baru ini telah menarik balik kenyataan mereka sebelum ini dan bakal menjual semula smartphone flagship mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi memang tidak dinafikan, Samsung Galaxy Note 7 masih antara smartphone Android dengan spesifikasi terbaik ketika ini. Ditambah pula dengan spesifikasi smartphone keluaran suku pertama bulan 2017 yang tidak jauh bezanya, kemungkinan antara yang menjadi faktor buat Samsung untuk menjual semula Galaxy Note 7.

Memandangkan insiden sebelum ini telah menimbulkan skeptism buat pengguna, kami dapati Samsung telah hadir dengan 3 cara terbaru untuk melariskan smartphone keluaran mereka ini. Berikut merupakan antara strategi yang dapat kami kupas.

1. Perubahan nama model

Mungkin dianggap remeh. Namun langkah pergantian nama Samsung Galaxy Note 7 kepada Samsung Galaxy Note 7R bakal ‘menghalalkan’ smartphone ini dibawa naik ke pesawat.

Untuk pengetahuan anda, hampir kesemua syarikat penerbangan sebelum ini telah mengharamkan Samsung Galaxy Note 7 daripada dibawa naik ke pesawat memandangkan smartphone ini terdedah kepada letupan.

2. Penggunaan bateri yang lebih kecil

Melalui soal keselamatan, Samsung bakal menyertakan bateri dengan kapasiti yang lebih rendah bagi mengelakkan daripada sebarang masalah melibatkan mudah panas serta mudah terbakar atau letupan.

Menggunakan bateri dengan kapasiti 3200mAh dilihat sebagai langkah yang ideal buat Samsung Galaxy Note 7 yang bukan sahaja membolehkan smartphone ini dikuasakan untuk seharian penggunaan malah yang lebih penting selamat digunakan.

3. Penawaran harga yang lebih rendah

Kami lihat langkah ini merupakan langkah terbaik Samsung dalam meningkatkan penjualan smartphone ini. Jika sudah dijanjikan selamat, dilengkapkan pula dengan spesifikasi yang power serta harga yang sedikit rendah, kemungkinan akan membuatkan pengguna ‘berani’ untuk beralih kepada smartphone flagship Samsung ini.

Setakat ini, Samsung masih belum berkongsi sebarang tanda harga buat Samsung Galaxy Note 7R. Kemungkinan beberapa negara bakal dipilih bagi penjualan semula smartphone ini.

Adakah anda antara yang berminat untuk mendapatkan smartphone ini jika ditawarkan dengan harga yang lebih rendah? Harga rendah yang dimaksudkan adalah harga mencecah RM2,000 memandangkan Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini dijual dengan harga melebihi RM3,000.