Apakah aplikasi / laman web apa yang saya guna untuk membantu perjalanan saya sepanjang 3 tahun hidup sebagai seorang nomad?

Ini ialah senarai aplikasi / laman web kegemaran saya yang banyak bantu saya. Ia tak semestinya yang terbaik untuk anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Senarai ini juga hanya buat tambahan pada senarai aplikasi anda yang anda suka atau ada.

Maka kalau anda biasa guna Agoda contohnya, teruskanlah guna ikut suka anda. Saya tak maksudkan aplikasi lain tak elok dan sebagainya.

aplikasi-untuk-travel-3

Penginapan

1. Airbnb.com

Kami guna dah lebih 70 kali sebagai tetamu di serata dunia. Masih cara yang paling selamat dan boleh diharap.

Pertama kali guna memang ralat tapi kalau dah 10 kali guna masih takut-takut maka ada sesuatu yang tak kena dengan cara sang traveler belajar guna perkhidmatan ini.

Cara ini juga cara yang seronok untuk bersahabat! Murah rezeki kami banyak kali juga host bawa jalan-jalan percuma, belanja makan dan sebagainya.

2. Booking.com

Hanya bayar bila tiba di hotel atau motel. Dah lebih 3 tahun gunakannya belum pernah lagi duit ditipu atau sewenang-wenang ditolak dari kad kredit atau debit. Beratus kali juga kami dapat batalkan tempahan secara percuma!

3. Hostelworld.com

Untuk cari bilik hostel serata dunia, enough said. Banyak kali saya gunakan ini ketika travel solo yang mana waktu itu saya banyak kali jumpa bilik dengan harga $5-$10 satu malam.

Penempahan tiket penerbangan dan kereta sewa

4. Kayak.com

Mudah difahami dan boleh diharap. Selalu gunakan ini sekaligus untuk cari kereta sewa.

Kayak akan senaraikan semua yang ‘possible’ termasuk penerbangan yang ada 2 atau 3 transit tapi masih harga sama dengan penerbangan terus ke destinasi. Interface laman web Kayak pun menarik.

5. Skyscanner.com, Priceline.com dan Vayama.com

Untuk ‘cheap deal’ penerbangan antarabangsa bila di Kayak nampak tak ada.

6. Hopper.com

App magis ini akan jangkakan dan beritahu (berdasarkan maklumat harga tiket semasa) bila masa sesuai dan murah untuk beli tiket flight untuk anda dalam bentuk kalendar yang di “highlight” dengan warna seperti merah dan hijau.

aplikasi-untuk-travel-1

November 2015 – Fire Wave di Nevada yang kami jumpa juga secara tak sengaja waktu main zoom zoom Nevada atas Google Maps.

Pemetaan dan perancang perjalanan

7. Google Maps dan / atau Citymapper.com

Untuk pemandu, pejalan kaki, dan pengguna perkhidmatan awam. Kedua-dua ini juga penting atau lebih penting daripada GPS kereta anda.

Sekarang ini Google Maps dah boleh letakkan point-point persinggahan sebelum destinasi. Melalui Google Maps juga saya temui banyak tempat-tempat menarik yang cantik tapi tak popular (seperti Fire Wave di Valley of Fire, Nevada) dan lain-lain.

Google Maps juga boleh diharap untuk mencari tempat makan halal, kedai percetakan dan kafe siber, tempat ganti tayar dan servis pantas lengkap dengan ‘reviews’, ‘rating’ dan masa operasi.

App ini sangat membantu terutama bila anda hidup nomad berkereta seperti kami kerana GPS sudah banyak kali bawa kami melalui jalan merbahaya tanpa penghujung. Kerana Google Maps ini sudah jadi ‘real time’, perjalanan jadi lebih selamat.

8. RoadTrippers.com

App paling cun khas untuk sang road tripper.

Bukan saja ia boleh petakan jarak perjalanan anda malah ia boleh kirakan jangkaan berapa banyak dan harga minyak kereta anda perlukan berdasarkan setting CC kereta anda, serta jumlah jam dan hari perjalanan sambil menyarankan tempat-tempat yang wajib dilawati dan penginapan menarik sepanjang perjalanan anda.

App ini juga kemas, padat dengan maklumat tempat-tempat menarik, serta mudah difahami.

9. Tripit.com

App ini macam poket atau fail anda. Ia akan kumpulkan semua penempahan hotel, tiket penerbangan, kereta sewa dan lain-lain berkaitan perjalanan anda dalam satu ‘folder’ atau ‘tab’!

Ia juga akan mengingatkan anda tentang masa penerbangan dan yang berkaitan.

10. GasBuddy

Di USA harga minyak berbeza mengikut negeri, daerah, bandar dan stesn minyak. App ini membantu anda mencari stesen minyak dengan harga paling murah dan maklumat dipaparkan di atas peta mengikut lokasi fizikal anda.

Tempat makan halal dan servis lain

11. Zabihah.com

Ia bukan saja untuk cari restoran halal malah untuk cari masjid / musollah! Untuk di USA saya gunakan app “NaanMap for iPhone”.

12. Yelp

Memandangkan kami di USA di mana Yelp ini ialah segalanya, ia memang sangat memudahkan hidup.

Dari untuk cari restoran halal hingga tempat untuk jaga haiwan peliharaan, semua ada di Yelp ini.

Kebanyakan masa pengguna dapat diskaun hanya dengan “check in” di lokasi. Reviews dan rating di Yelp juga sangat berguna.

13. Splittr

App penting untuk kira bayaran asing-asing bila travel dengan kawan-kawan!

14. TripAdvisor

App klasik untuk cari maklumat+tengok gambar dari traveler lain di hampir semua tempat di seluruh dunia.

Perantara bahasa

15. Duolingo

Rekabentuk aplikasi ini sungguh baik untuk belajar “basic” bahasa asing. Caranya ialah melalui kuiz, bukan melalui pembacaan semata-mata!

Pertukaran matawang

16. XE Currency!
App wajib ada dalam phone masing-masing supaya tak kena tipu vendor tepi jalan. Saya guna ini dah lama dan ia memang terbaik.

Bila ada internet, kemaskini app ini dan ia boleh digunakan selepas itu walau tiada internet.

Baca: 6 Tip Ambil Gambar Sebagai Amatur Tapi Hasil Bagai Pro

aplikasi-untuk-travel-2

Julai 2016 – Hore Abbey atau tinggalan gereja Hore di Tipperary, Ireland yang kami jumpa secara tak sengaja waktu main zoom zoom atas peta Google. Google Maps tu kalau rajin cari+godek-godek memang jumpa tempat pelik-pelik tapi cantik. Cari saja yang ada lambang kamera dalam bulatan warna putih.

Edit dan perkongsian gambar/video

17. Snapseed

App dari Google yang mudah digunakan oleh semua termasuk jurugambar pro! Semua ada di dalamnya.

18. VSCO

App untuk edit gambar anda dengan mood dan tona berbeza dari biasa. Anda boleh guna VSCO untuk kongsi gambar-gambar anda seperti di Instagram.

19. ColorSplash

App untuk buang warna atau warnakan objek dalam gambar supaya berbeza dengan “background” atau objek lain di dalam gambar.

20. Photo Eraser

App untuk padam orang lain atau benda yang tak dikehendaki dalam gambar anda. Perlukan sedikit latihan untuk guna sebab app ini juga boleh rosakkan gambar bila tak tahu guna.

21. Splice

App untuk edit video dari GoPro yang bagi saya sangat menarik dan mudah digunakan.

22. Instagram

Tak perlu diterangkan lagi.

Yang penting bagi saya ialah untuk TAK TERLEBIH EDIT sampai hilang rupa gambar asal.

Peneman di kala sunyi

Sebelum ini saya guna MP3 player dalam bentuk USB yang boleh muat dalam 10 lagu sahaja, takpun CD.

Sekarang ini saya guna Spotify.com. Oh app ini bukan saja boleh guna untuk dengar lagu hits, ia juga ada perkongsian lagu-lagu keagamaan!

Anda boleh cuba dan tambah dalam koleksi anda dengan apa yang saya senaraikan di atas.

Semua ini TERPULANG pada citarasa dan kreativiti individu kerana terlalu banyak aplikasi untuk memudahkan perjalanan di luar sana.

Anda cuma perlu jadi KREATIF dan RAJIN mencari untuk dapat betul-betul nikmati mudahnya perjalanan anda. Kadang-kadang orang MALAS selalu rugi. Ingat, dalam dunia travel ini bukan ada TRIVAGO saja.

Mudahan bermanfaat.

Baca lagi: 10 Cara Berjimat Sehingga 50% Kos Pengangkutan Sewaktu Travel Di Eropah