Wanita dan kosmetik tidak dapat dipisahkan, siapa yang tidak mahu memiliki wajah cantik berseri, bukan? Terbaharu, Wardah iaitu sebuah jenama kosmetik dan penjagaan kulit terkenal telah memperkenalkan produk barunya Signature Series Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita.

Menurut Ketua Perniagaan Antarabangsa Wardah, Shabrina Salsabila berkata komitmen pihak Wardah terhadap sains penjagaan kulit telah menghasilkan Wardah Hydra Rose dan produk berinovatif ini dihasilkan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang kering dan nyahhidrat akibat kurang minum air, bilik berhawa dingin, kekurangan tidur dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Dirumuskan dengan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, produk-produk Wardah Hydra Rose mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan 72 Hours Hydrating Active menggunakan teknologi mikro-perangkum. Penggabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikannya penampilan yang lebih sihat dan bersinar.

Sempena pelancaran pelancaran Signature Series, Wardah turut mengumumkan inisiatif COVID-19 untuk membantu para wanita yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik. Pihak Wardah mahu memberikan mereka peluang untuk menjana pendapatan yang baru.

Mudah sahaja, anda hanya perlu memiliki telefon bimbit untuk menjadi seorang penasihat kecantikan Wardah dan menjana pendapatan untuk setiap pertanyaan produk yang melalui laman-laman Facebook dan Instagram Wardah di Malaysia.

Dengan Customised Solution bernama Pancake yang disokong oleh kumpulan daripada Momentum Commerce, semua pertanyaan perkhidmatan pelanggan yang diterima oleh jenama ini melalui laman-laman sosial media akan disalurkan kepada ‘Digital Beauty Advisors’ Wardah. Para penasihat kecantikan ini akan diberi insentif untuk setiap jualan yang berjaya dibuat melalui Pancake.

Bagi anda yang mahu dapatkan produk Wardah, anda boleh dapatkan di kesemua cawangan Watsons dan Guardian di seluruh negara atau beli sahaja secara ‘online’ di Shopee, Lazada dan Zalora. Tunggu apa lagi? Untuk maklumat lanjut akan inisiatif tersebut boleh ke Facebook Wardah Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tip untuk cantik di pagi raya pada pautan di bawah ini.

Sering Digunakan Ramai, 5 Bahan Ini Berpotensi Untuk Merosakkan Kulit Muka Anda

Cara Simple Nak Buat Kulit Anda ‘Glowing’ Dengan Mudah, Barulah Ready Nak Raya!

3 Bahan Asas Yang Diperlukan Kulit Anda Untuk Tampil Licin dan ‘Flawless’