Google Project Ara antara teknologi yang dinanti-nantikan buat semua penggemar teknologi. Jika anda seorang ‘geek‘, pasti anda tahu mengenai kisah Project Ara dimana projek ini  merupakan eksperimen yang telah lama diusahakan Google sebelum adanya teknologi skrin lengkung lagi.

Untuk pengetahuan anda, Google Project Ara merupakan sebuah projek daripada Google yang membolehkan pengguna plug and play komponen yang dimahukan pada satu badan telefon. Dalam erti kata lain, anda boleh customize penggunaan kamera,bateri dan speaker yang diimpikan pada satu badan telefon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Setelah beberapa tahun diusahakan Google, nampaknya projek ini sekadar berakhir dengan ‘hype‘ dan prototype sahaja. Penjualan Motorola kepada Lenovo turut menjadi punca terhentinya projek ini.

Dalam pada itu, Google mungkin mempertimbangkan untuk menjual teknologi ini kepada syarikat-syarikat yang berminat. Pada pendapat anda, adakah masih releven sebuah telefon modular pada ini? Atau kos yang mahal serta evolusi teknologi yang bergerak pantas bakal membantutkan penggunaan telefon Google Project Ara.

Buat anda yang mengetahui lebih lanjut mengenai Google Project Ara, penerangan dari MKBHD ini mungkin masih releven untuk anda tonton meskipun sudah berusia 3 tahun.

Sumber