Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah gedung di Thailand telah mengakibatkan beberapa orang meninggal dunia manakala yang lain cedera.

Kejadian yang berlaku semalam berjaya ditangkap oleh kamare CCTV di mana seorang lelaki bersenjata masuk ke kedai emas yang terletak di dalam Robinson Department Store.

a-woman-watching-tv
HYPE
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga
Baca lagi →
8bacek7b57adk88b5i8fa

Saraburi สระบุรี / FB

Lelaki dengan topeng, seluar tentera dan kemeja lengan panjang hitam juga didapati menembak pengawal keselamatan.

Selepas itu dia masuk untuk mencuri emas dan melarikan diri dengan motosikal.

Foto yang dikongsi di Facebook menunjukkan ramai orang berkumpul sekitar pintu masuk gedung membeli-belah.

82362860_1111689399168552_2006111415017930752_n

Saraburi สระบุรี / FB

Serangan itu menyebabkan tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera.

Imej itu juga menunjukkan keadaan pengawal keselamatan yang cedera parah dan terbaring di atas tanah, dikelilingi oleh paramedik.

Sementara orang awam ada yang terbaring di atas lantai, manakala yang lain dikejarkan ke hospital.

82323250_1111689585835200_6211612442003243008_o

Saraburi สระบุรี / FB

Menurut The Nation Thailand, seorang lelaki dan wanita dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lelaki yang ditembak di kepala meninggal dunia di hospital.

Dua lelaki dan dua wanita turut mengalami kecederaan akibat tembakan dan dirawat di hospital.

82552471_1111689532501872_6404720382154113024_o-768×1024

Saraburi สระบุรี / FB

Polis berkata mereka sedang menyiasat punca kejadian, dan “melihat rakaman CCTV serta menganggarkan nilai emas yang dirompak”.

Kes itu diklasifikasikan sebagai “keutamaan”, dan polis membenarkan pembunuhan balas sekiranya perlu.

Terdahulu, penangkapan anak El Chapo telah mengakibatkan seorang polis dibunuh kejam. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh

Kapal Terbang MH17 Ditembak Jatuh Oleh Pesawat Askar Russia

Pertelingkahan Peribadi Cetus Kes Tembakan Rambang Di Ibu Pejabat Youtube

Anda Mungkin Suka