Terasa nak berkongsi satu idea bisnes la la pulak. Benda ni simple je jadi sesiapa yang jarang atau tak pernah buat bisnes pun boleh buat. Travellers will love this.

1. Buat kajian sikit tentang destinasi percutian

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cari flea markets atau tempat shopping yang boleh tawar-menawar harga. I really love flea markets, sebab boleh tawar-menawar untuk dapatkan rare items.

Tapi kena hati-hati la kalau beli kat flea markets sebab kat luar negara ramai je penjual yang jual barang dia dengan harga tinggi gila dengan alasan rare item dll. Jangan beli barang yang lebih daripada bajet anda.

cara-buat-bisnes-sambil-travel-1

2. Luangkan paling kurang sehari untuk cari barang yang bagus kat tempat tu

Kena tajamkan mata untuk cari barang bagus di tempat shopping atau flea market. Kalau ada rezeki, boleh dapat rare item. Paling bagus kalau rare item dan ikut demand kat tempat kita nak jual.

Barangan yang boleh dicari bergantung dekat tempat travel tu. Jadi membaca tentang tempat tu amat membantu. Rajin-rajinkan membaca. Perlu hati-hati sikit supaya jangan ikut demand kita saja, tapi ikut demand orang jugak.

Baca: Nah Ini Dia 20 Cara Buat Duit Untuk Anda Yang Suka Travel

cara-buat-bisnes-sambil-travel-3

3. Cari platform yang bagus untuk jual barang

Sebagai contoh sewaktu saya di Jepun saya memang suka Yahoo Auction sebab dari pemerhatian saya sistem dia hampir sempurna. Dan saya suka jualan cara auction (bidaan). Cuma penat nak publish items guna decent Japanese.

Kat Malaysia pun ada banyak platform IT yang bagus. Lepas travel, guna la untuk dapat untung melalui finder’s fees. Kalau ambil pre-order atau jual kat kenalan, pun boleh.

Sebab itulah saya sanggup ke Rusia untuk kali ke 2 semata-mata untuk cuba idea ni. Lagi pun rasa dah bosan buat bisnes dalam Jepun saja.

Memang menjadi sampai dapat cover semua travelling expenses (flight + visa + decent hotel + all other expenses + flight ticket for the next trip).

Tapi kena cari barang betul-betul la. Kalau nak lagi mantap, buat kajian pasaran sebelum beli satu-satu barang. Akhir kata, travel memang seronok, tapi lagi seronok kalau poket tak kering lepas travel.

Baca lagi: 10 Cara Anda Boleh Travel Tanpa Perlu Berhenti Kerja