Kucing merupakan antara haiwan peliharaan pilihan ramai orang. Bukan sahaja memiliki teletah yang comel tetapi juga pendengar setia buat anda yang berduka lara ketika stress.

Malah, bermain dengan kucing yang memiliki bulu gebu pasti buat anda berasa geram serta memiliki pelbagai ragam yang mencuit hati juga menjadi antara sebab utama ramai orang memeliharanya.

Apa kata kami kongsikan kepada anda 3 tip penjagaan kucing agar memiliki bulu yang gebu dan bersinar. Ayuh kita mulakan!

1. Mandikan dengan air suam

mozhno-li-koshku-myt-obychnym-shampunem-i-chto-budet-12
Gambar hiasan. Sumber: techinfo

Si Meowy perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam kerana jika gunakan air sejuk, kucing anda tidak dapat menahan kesejukan air.

Bukan itu sahaja, gunakan mandian khas iaitu shampoo keratin untuk Si Meowy dan jangan lupa keringkan ia serta sikat bulu-bulu mereka selama 5 minit. Nak mudah, hantar sahaja kucing anda ke spa kucing, barulah mereka rasa dihargai juga.

2. Pastikan Si Meowy bebas parasit (kutu atau cacing)

Kutu-kucing
Gambar hiasan. Sumber: ceriasihat

Anda perlu pastikan kucing anda bebas parasit untuk kucing anda memiliki bulu gebu dan cantik. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat lalu mudah gugur.

Cacing dalam badan pula menyerap nutrisi yang sepatutnya Si Meowy anda dapat. Oleh itu, buat pemeriksaan dengan pakar veterinar dan pastikan kucing anda dilindungi dengan mengambil vaksin.

3. Makanan

photo_2020-06-18_15-50-32

Makanan yang kaya dengan Omega 6 dan Omega 12 sememangnya bagus dan memberi kilauan pada bulu kucing. Ikan salmon, sardin, parang, tuna dan kembung adalah contoh ikan yang bagus untuk melebatkan dan mencantikkan bulu kucing anda.

Dalam pada anda memastikan pemakanan Si Meowy, tidak ada salahnya sekiranya anda hadiahkan Si Meowy dengan sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk menjamahnya. Makanan yang kami maksudkan tidak lain dan tidak bukan iaitu makanan kucing jenama Me-O.

Ada apa dengan makanan kucing Me-0?

photo_2020-06-18_15-49-08

Makanan kucing Me-O merupakan pilihan terbaik untuk kucing anda. Terdapat 5 seleksi perisa yang anda boleh pilih iaitu daging dan sayuran, ayam dan sayuran, seafood, gourmet dan mackerel. Walaupun berbeza daripada segi rasa, kesemua 5 variasi ini tetap menawarkan khasiat yang sama buat Si Meowy anda.

Dalam erti kata lain, bolehlah anda beli kelima-lima perisa ini untuk mengetahui perisa manakah yang paling menyelerakan buat Si Meowy anda. Malah, makanan kucing Me-O ini bukan hanya tampil dengan makanan jenis kering tetapi juga hadir dengan makanan jenis basah dan cat treats.

photo_2020-06-18_15-50-38

Mesti Si Meowy anda makan dengan gembira jika anda berikan makanan kucing jenama Me-O ini. Untuk pengetahuan anda, bahan-bahan yang digunakan dalam makanan kucing Me-O ini mengandungi pelbagai khasiat iaitu taurina, vitamin C, FLUTD, Omega 3,6 dan Zinc, sodium rendah, kalsium, fostor dan Vitamin D yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan kucing anda.

Menang hadiah menarik untuk Si Meowy anda

Screenshot 2020-06-11 at 10.17.11 AM

Mudah sahaja untuk anda dapatkan hadiah ‘awesome’ daripada Me-O ini. Difahamkan sebanyak 500 set rumah kucing dan hamper akan diberikan kepada pemenang. Mesti Si Meowy anda gembira dapat rumah mereka sendiri, barulah ada privasi!

Cara-cara penyertaan:
  1. Ambil gambar kucing peliharaan anda bersama dengan mana-mana produk makanan kucing jenama Me-O dan juga kipas tangan Me-O.
  2. Sertakan kapsyen paling kreatif.
  3. Hantarkan penyertaan anda di Peraduan Gambar Si Meowy Ceria Bersama Me-O sebelum 31 Ogos 2020.

photo_2020-06-15_11-08-51

Untuk pengetahuan anda, tarikh peraduan ini bermula pada 15 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Jika anda mempunyai persoalan dan ingin maklumat lanjut bolehlah ke laman sesawang ini.

Rasanya yang enak ditambah pula dengan baunya yang yang menyelerakan pastinya membuatkan kucing-kucing anda berebut untuk menikmatinya. Tunggu apa lagi?

Dapatkan makanan kucing jenama Me-O ini di pasaraya, pasaraya mini, kedai haiwan terdekat anda atau secara dalam talian agar Si Meowy anda makan dengan sihat dan riang.

Sementara itu, kami kongsikan cara untuk mandikan kucing anda, klik sahaja pautan di bawah ini.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah Mandikan Kucing Kesayangannya

7 Langkah Mudah Bina Tipi Untuk Kucing Anda Tidur Selesa

Lihat Bagaimana Lelaki Dari Thailand Ini Bina Rumah Kucing Yang ‘Awesome’ Dengan Bermodalkan RM27,000