Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam secara rasmi mengumumkan pelantikan 3 usahawan muda menyertai Majlis Tindakan Ekonomi Negara atau National Economic Action Council (NEAC).

Pelantikan usahawan muda yang dipilih daripada pelbagai latar industri di Malaysia ini dilihat dapat membantu dalam memberi pandangan serta solusi isu berkenaan kos kehidupan, pengangguran, isu kemiskinan serta pemilikan rumah dan hartanah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3 individu berkenaan adalah Nadhir Ashafiq, 31 tahun (pengarah eksekutif di TheLorry.com), Liew Ooi Hann, 33 tahun (CEO di RinggitPlus.com) dan Radzi Tajuddin, 29 (CEO di Hartabumi.com).

Pelantikan ini adalah selari dengan visi kerajaan yang mahukan anak muda mempunyai ‘suara’ dalam setiap keputusan atau polisi baharu yang sedang dibangunkan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini adalah satu lagi kejayaan bagi anak muda selepas inisiatif menurunkan had umur untuk mengundi kepada 18 tahun (#Undi18) dan paid internship disokong oleh kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada 3 individu ini. Semoga lebih ramai anak muda diangkat memegang jawatan penting sebegini di masa akan datang.