Kita sering melihat karya lukisan menggunakan warna air, cat dan sebagainya, tetapi adakah anda pernah melihat lukisan dihasilkan dengan typewriter? Sebelum hadirnya komputer, typewriter digunakan untuk taip dokumen dan siapa sangka ia mampu menghasilkan sebuah karya yang menakjubkan.

James Cook yang berusia 23 tahun telah tampil dengan pelbagai karya menarik dan memukau dengan menggunakan typewriter. Hasil karya beliau sangat tepat menampilkan orang, architecture, kehidupan dan juga haiwan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, selepas mendengar kisah inspirasi Paul Smith yang cukup terkenal di dunia dimana merupakan pengkarya seni menggunakan typewriter tidak dapat menggunakan pensil atau berus lukisan untuk melukis disebabkan oleh cerebral palsy.

Difahamkan, karya yang rumit boleh disiapkan mengambil masa sehingga 30 jam dan bergantung pada beberapa faktor. Faktor yang diambil kira adalah saiz, skala dan kerumitan sesebuah karya itu.

Kini, sudah 5 tahun James Cook menceburkan diri dalam bidang seni ini dengan penghasilan karya menggunakan typewriter dan mula mencipta nama di seluruh dunia.

Tahukah anda bahawa hasil karya ‘digital artist’ dari Pahang pernah ditayangkan di Itali? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Karya Unik ‘Digital Artist’ Dari Pahang Ini Bakal Dipamerkan Di Itali

Karya Hebat JR Di Louvre, Paris Hancur Dalam Masa Satu Hari

‘Food Truck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

Sumber