Siapa sangka model yang baru sahaja dilancarkan daripada jenama yang semakin naik iaitu realme berjaya terjual sebanyak 300 unit sepanjang seminit pertama promosi dilancarkan di Shopee.

Model yang dimaksudkan adalah realme Buds Air, sebuah True Wireless Stereo (TWS) yang hadir dengan fungsi terkini serta ditawarkan dengan harga mampu milik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

realme Buds Air SOLD OUT

Lebih hebat, 1,000 unit realme Buds Air berjaya terjual dalam tempoh 28 minit sahaja. Kejayaan ini sekaligus menunjukkan minat orang ramai terhadap jenama ini.

Berdasarkan promosi yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina, realme Buds Air ditawarkan dengan harga serendah Rm199 sahaja manakala harga rasmi bagi model ini adalah RM299.

realme_buds_air_first_impressions_ungeek_image1
Sumber: Ungeek

Mengulas mengenai realme Buds Air, model ini dilengkapi dengan cip R1 serta dipadankan bersama Bluetooth 5.0 yang menjanjikan kelancaran sambungan yang pantas dan mudah buat para pengguna. Ketahanan bateri selama 17 jam penggunaan antara yang membuatkan model ini direbut ramai disamping penawaran pengecasan tanpa wayar 10W.

Ketahui lebih lanjut mengenai realme 5i dan realme Buds Air dengan klik artikel di bawah. Turut dikongsikan, kualiti hebat yang ditampilkan realme X2 Pro.

Pengalaman Luar Biasa Dengan Produk Baharu Telefon Pintar realme 5i dan realme Buds Air

Lihat Kualiti Gambar Menakjubkan realme X2 Pro, Peranti Unggul Buat Kaki Travel