Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan 3,000 sukarelawan yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menawarkan diri bagi ujian klinikal berkenaan.

Dalam satu hebahan media yang dikongsi oleh KKM di media sosial semalam, sukarelawan diperlukan bagi tujuan untuk mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.

Menurut KKM, sukarelawan hanya akan terlibat pada ujian klinikal vaksin fasa ketiga yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS). Fasa ini merupakan pusingan terakhir ujian sebelum sebarang vaksin atau ubat diluluskan untuk kegunaan umum.

Sukarelawan akan berdepan dengan risiko kesan terhadap suntikan vaksin seperti pembengkakan, sakit, demam, dan cirit-birit. Ujian klinikal ini adalah sebahagian daripada ujian lebih menyeluruh membabitkan 34,020 peserta di China, Malaysia dan Brazil.

Difahamkan, para peserta akan ditugaskan secara rawak untuk menerima vaksin atau plasebo. Para peserta juga tidak akan diberitahu apa yang diterima oleh setiap sukarelawan bagi memberi hasil yang benar-benar neutral.

Setiap kumpulan akan disuntik dengan bahan yang ditentukan dalam dua dos dengan selang 14 hari. Isu keselamatan sukarelawan akan diperhatikan sejak dos pertama hingga 28 hari selepas dos kedua.

Er0u5msUcAI0vPS

Sebagai tambahan, peserta akan ditindak lanjut hingga 12 bulan setelah dos kedua untuk mencari tanda-tanda kesan buruk yang serius setelah divaksin, lapor MalaysiaKini.

“Semua keperluan peraturan termasuk kelulusan etika Jawatankuasa Perubatan dan Etika dan Lesen Import Percubaan Klinikal daripada Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan diperolehi pada 8 Jan lalu,” kata KKM.

Bagi anda yang berminat, ujian klinikal ini akan bermula pada 21 Jan nanti. Sila rujuk poster di atas ini untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, saintis di China beri amaran, pandemik tahun ini diramal lebih buruk daripada tahun 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020