Sekurang-kurangnya 31 pelakon terlibat dalam insiden kebakaran dalam penggambaran filem Amazing Spring di Bukit Puchong. Insiden yang dianggarkan berlaku seawal 7 pagi Isnin lepas melibatkan beberapa seorang pelakon wanita dari Hong Kong Sharon Yeung Pan-pan berusia 59 tahun, pelakon Malaysia Joey Leong,24, dan Cedric Loo,30.

Kesemua pelakon ini terlibat dalam penggambaran filem yang dijadualkan bakal ditayang pada Tahun Baru Cina tahun hadapan. Menurut laporan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati kebakaran tersebut berpunca daripada minyak petrol yang digunakan untuk babak berkenaan.

Mangsa terlibat dikejarkan ke hospital terdekat dengan kadar segera. Produser eksekutif, Jack Lim mendakwa pihak beliau tidak menyangka api yang sepatutnya hanya melibatkan sebuah rumah kecil tersebar menghampiri pelakon. Tambah beliau pelakon berada dalam lingkungan selamat dibawah pemantauan bomba di lokasi penggambaran.

Menurut laporan jabatan kecemasan hospital berkenaan, Sharon mengalami 7% kebakaran tahap kedua pada sebelah kiri muka, lengan kanan dan kedua-dua belah kaki.

Filming-1

Filming-2

Sumber