Dalam satu laporan berita yang dikeluarkan oleh The Star, dianggarkan sebanyak RM665 juta ketirisan dalam kutipan cukai disebabkan ada beberapa pihak yang tidak pernah mengisytiharkan pendapatan mereka.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyatakan terdapat 31,598 entiti yang terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain, masih belum mengisytiharkan pendapatan mereka kepada pihak LHDN.

Tambah LHDN lagi, mereka dapat mengenal pasti entiti ini menerusi pemilikan aset dan keupayaan mereka untuk mendapatkan pinjaman dan sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.

“Jumlah kerugian cukai yang dialami kerajaan dianggarkan RM665 juta. Anggaran ini adalah jumlah yang besar, kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika tidak ditangani segera,” kata LHDN dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh The Star.

LHDN berkata 31,598 entiti yang terdiri daripada 23,571 individu itu mempunyai tempoh tangguh selama sebulan, mulai Rabu (15 Jun) hingga 15 Julai, untuk berkunjung ke cawangan LHDN berhampiran bagi tujuan mendaftar cukai pendapatan dan mengisytiharkan pendapatan mereka.

“Selepas tempoh sebulan ini tamat, LHDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan cukai seperti audit, siasatan sivil dan jenayah terhadap individu yang gagal memfailkan borang pengisytiharan cukai.

“Siasatan jenayah boleh dibawa ke mahkamah. Pengelakan cukai boleh didakwa mengikut Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967,” tambah LHDN.

Untuk rekod, mereka yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM34,000 setahun selepas potongan KWSP diwajibkan untuk membayar cukai. Mereka yang gagal berbuat demikian bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Admin ‘LHDN cari siapa hari ini?’ basuh orang atasan dan nyatakan 18 tuntutan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Admin ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Basuh Orang Atasan Dan Nyatakan 18 Tuntutan

Gagal Bayar Cukai Pendapatan RM1.69 Bilion, LHDN Fail Notis Kebankrapan Terhadap Najib

Pendapatan Dari Singapura Tidak Akan Dikenakan Cukai Di Malaysia