Saya yakin anda pastinya teruja mahu rasai suasana bercuti di Pulau Boracay yang cantik dan memiliki pasir yang putih bersih ini.

Berikut adalah 33 tips bercuti ke Pulau Boracay yang boleh dijadikan panduan jika anda mahu travel ke sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini saya telah kongsikan 15 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan jika travel ke Pulau Boracay, Filipina. Jika anda belum baca, boleh klik pada link ini.

Okey, jom kita lihat tips penting ini pula.

IMG_8816_edited

1. Sebutan yang betul bagi Boracay adalah Borakai. Cuba anda sebut Borakey di hadapan orang-orang Filipina, mereka akan cepat-cepat sebut semula dengan sebutan yang betul. Hehe!

2. Pulau Boracay adalah pulau yang agak besar. Memang tak mampu nak menapak keliling pulau punya. Untuk kawasan pelancongan, ia telah dibahagikan kepada 3 station :
a. Station 1 – hotel mewah. Ada hotel yang sediakan pantai persendirian khas untuk pelanggan mereka saja.
b. Station 2 – hotel sederhana mewah
c. Station 3 – hotel bajet dan backpacker

Saya tinggal di station 2 atas jemputan daripada AirAsia iaitu di Hennan Lagoon Resort.

IMG_8832_edited

IMG_8847_edited

3. Kebanyakan penduduk Filipina di pulau ini pandai berbahasa Inggeris (paling tidak basic English). Jadi jangan risau jika sesat dan tak pandai berbahasa Tagalog. Tanya saja. Pasti ada yang membantu.

Mereka juga sangat sopan dengan warga asing. Ini berdasarkan pengalaman saya sewaktu di sana. Asal saja kita juga pandai bawa diri. Jika dipelawa untuk pakej yang ditawarkan oleh para ejen di jalanan, tolak dengan sopan.

4. Tak perlu ambil tour guide jika anda sekadar mahu ke Pulau Boracay kerana kebanyakan aktiviti menarik di pulau ini boleh didapati di antara station 1 hingga station 3. Hanya perlu survey dan cari pakej aktiviti mengikut bajet dan pilihan anda.

IMG_8050_edited-r

IMG_8071_edited-r

Antara pemandangan menarik yang sempat saya ambil sewaktu dalam perjalanan dari lapangan terbang Kalibo ke jeti Caticlan.

5. Oleh kerana Filipina terkenal dengan tiupan badai dan taufan, boleh semak ramalan cuaca di BoracayWeatherStation.com sebelum anda tempah tiket penerbangan ke sana.

6. Perjalanan ke Pulau Boracay ambil masa hampir sehari suntuk. Dengan penerbangan AirAsia seawal pagi, hari pertama tidak banyak yang dapat anda lakukan dan sebaiknya berehat dahulu untuk kumpul tenaga dan lakukan aktiviti pada hari berikutnya.

Ringkasan perjalanan adalah:

  • 4 jam penerbangan dengan AirAsia dari KL – Kalibo.
  • 2 jam perjalanan dengan van dari lapangan terbang Kalibo ke jeti Caticlan.
  • 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Caticlan ke Pulau Boracay

kalibo-airport

Kaunter transit van dan bot dari Kalibo ke Boracay. RM250 Peso (RM25) adalah untuk tambang van dan bot. Manakala 200 Peso (RM20) adalah untuk tambang van saja.

7. Untuk transit van dan bot daripada Kalibo ke Boracay, anda tak perlu booking online. Sebaik saja mendarat dan turun dari kapal terbang, boleh terus ke kaunter van dan kereta yang banyak terdapat di luar lapangan terbang.

Malahan mereka akan memanggil dan tawarkan harga untuk anda. Biasanya harga yang ditawarkan adalah 250 Peso (RM25) untuk tambang van dan bot, perjalanan sehala.

8. Waktu di Boracay sama dengan waktu jam di Malaysia tetapi malam lebih cepat di sana (seperti di Sabah).

9. Suka pemandangan matahari terbenam? Aha! Bersedialah seawal jam 5 petang untuk anda rakamkan pemandangan indah di sini.

Baca: Lagi 11 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Maldives

sunset-at-boracay-island

IMG_8887_edited

10. Anda dapat bezakan pantai di Station 1, Station 2 dan Station 3 melalui pasirnya. Pasir di Station 1 sangat lembut, manakala di Station 3 agak kasar.

11. Bila membeli belah di Boracay anda boleh tawar menawar okey! Maka gunakanlah segala skill dan kemahiran yang ada untuk dapatkan harga terbaik.

12. Ada 2 lokasi membeli belah di sini iaitu di D’Talipapa dan di D’Mall. Pssstt! Harga barang di D’Talipapa lebih murah. Tapi tak salah jika anda pergi ke dua-dua tempat ni. Alang-alang dah sampai ke sini kan? Apa lagi, terjah saja!

13. Bawa duit secukupnya dalam matawang Peso dan boleh juga buat back up dengan duit US Dollar. Di sini agak sukar nak tukar duit RM. Bersedia dari awal agar percutian anda kekal menyeronokkan.

14. Banyak aktiviti menarik di sini. Boleh cuba dari yang percuma, murah hingga yang mahal.

IMG_8860_edited

IMG_8559_edited-r

15. Sebaiknya elakkan dari ambil pakej aktiviti melalui ejen yang akan memanggil dan mendekati anda sambil tawarkan pakej aktiviti mereka. Senaraikan apa aktiviti yang anda mahu lakukan dan terus tempah di kaunter operator aktiviti tersebut.

16. Sila bawa goggle siap-siap. Banyak aktiviti air di sini yang bakal buat anda menyesal jika tak bawa goggle untuk nikmati dunia bawah air yang cantik kerana air di sini sangat jernih. Malahan aktiviti cliff jumping pastinya lebih menyeronokkan jika ada goggle sebab boleh lihat ke dasar laut.

17. Jika anda rasa mahu berjimat, bawalah bekal makanan dari Malaysia. Mungkin hanya bawa travel cooker dan perencah masakan siap-siap dari rumah dan kemudiannya masak saja di hotel. Yang tinggal hanya beli makanan laut segar. Nak lagi best, berkelah saja di tepi pantai.

18. Malam di sini sangat meriah terutama di Station 2. Jika anda masih ada tenaga dan mata masih segar, apa lagi, keluar! (bayangkan Kak Leha tengah pegang penyapu sambil menghambat anda, haha!)

aktiviti-malam-di-pulau-boracay-filipina-1

aktiviti-malam-di-pulau-boracay-filipina-2

Mungkin sekadar lepak di tepi pantai layan angin yang berhembus dan dengar deburan ombak dan lihat air pasang. Atau lihat aktviti yang dilakukan di sekitar hotel penginapan anda dan di sekitar pantai.

Antaranya live band di sekitar hotel, pertunjukan tarian api oleh artis jalanan, survey harga cenderahati di D’Talipapa dan D’Mall, atau sekadar melihat berbagai ragam manusia di sini.

19. Makanan laut di sini sangat segar. Jadi rebutlah peluang ni untuk makan dan nikmatinya.

20. Ada satu kedai halal milik orang Mindanao di sini. Namanya Halal Food Restaurant, terletak di Station 2, dekat dengan Old D’Talipapa Market. Cara paling mudah adalah cari landmark Boracay Sands Hotel. Kemudian masuk ke lorong tu hingga anda jumpa kedai cenderahati. Di situ lah area Old D’talipapa market. Di situ juga lah restorannya.

21. Satu lagi restoran halal ada di Station 1. Nama restorannya adalah The Kingdom Restaurant & Coffee Shop. Ia dibuka pada jam 12 tengahari hingga 12 malam, setiap hari.

restoran-halal-di-pulau-boracay

Anda juga boleh rujuk di BoracayStories.com untuk lebih banyak pilihan restoran halal yang terdapat di sana.

22. Muslim di sini agak teruja apabila mengetahui anda juga adalah Muslim. Sewaktu saya membeli cenderahati di sebuah kedai, lelaki di kedai ini beria-ia mahu tunjukkan kedai makan di D’Talipapa kepada saya. Tapi disebabkan jadual yang agak padat, saya tolak pelawaan beliau dengan baik. Mudah-mudahan ada rezeki di lain kali.

23. Buah mangga kering yang dijual di sini sedap. Boleh beli untuk kudapan sambil layan matahari terbenam.

24. Nak naik tuk-tuk murah, tahan saja tuk-tuk yang lalu tepi jalan. Baru 100 Peso (RM10). Jika book di kaunter, harganya mungkin lebih mahal. Nak jimat kan?

25. Ada 2 lokasi untuk cliff jumping (melompat dari tebing) di Boracay iaitu di Ariel’s Point dan di Magic Island. Paling tinggi adalah di Ariel’s point iaitu setinggi 4 tingkat bangunan. Di Magic Island pula paling tinggi adalah 9 meter. Jadi usah keliru dengan 2 tempat ini ye.

26. Tawar menawar untuk harga barang adalah satu kemestian. Jangan malu-malu nak minta diskaun termasuk sewaktu beli makanan laut.

boracay-island-filipina-20

boracay-island-filipina-21

27. Ramai pelawat dari Korea yang berkunjung ke pulau ini. Jadi usahlah terkejut jika anda lihat ramai sekali ahjuma dan ahjuso di sini dengan berbagai ragam dan fesyen pakaian.

28. Jangan habiskan duit Peso anda di Boracay! Paling kurang simpanlah dalam 1000 Peso sebab ada Airport Tax sebanyak 700 Peso (lebih kurang RM70) yang mesti di bayar di lapangan terbang. Lagi 300 Peso adalah untuk bayaran bot dan van daripada Pulau Boracay ke Lapangan Terbang Kalibo.

29. Bawa action cam siap dengan sarung kalis air (waterproof casing) agar anda tak terlepas peluang merakam pemandangan indah di bawah air dan juga sewaktu melakukan aktiviti melibatkan air. Malahan tidak keterlaluan jika anda turut bawa underwater casing jika anda memiliki kamera DSLR.

IMG_9052_edited

30. Bagi yang ingin berbulan madu, jika anda inginkan suasana yang sepi, Station 1 pilihan terbaik. Tapi Station 3 juga tak kalah dari segi damainya pada waktu malam. Station 2 pula sangat meriah dan sentiasa hidup tak kira siang atau malam.

31. Adakala kita hanya baru berangan sambil simpan duit dalam tabung ayam. Tak mengapa, yang penting impian sudah ada sambil usahakan agar dapat ke pulau yang cantik ni.

Satu lagi cara, anda boleh lihat Boracay secara live di Boracaylive.com. Mungkin anda berpeluang lihat matahari terbenam melalui live cam ini antara jam 5.30 ke 5.50. Sewaktu saya di sana ia berlaku pada jam 5.35 ke 5.45. Tapi ketika kawan saya travel ke Boracay, ia berlaku pada jam 5.40 ke 5.50.

Jangan tengok livecam ni di waktu malam sudah lah. Tak nampak apa-apa kecuali pantai yang gelap saja. Hehe!

32. Tapau nasi dagang AirAsia dan makan di tepi pantai.

nasi-dagang

Pernahkah anda terfikir untuk lakukan ini? Saya banyak kali ingin buat. Contohnya makan keropok di tepi tasik di luar negara dalam cuaca sejuk, atau makan nasi di tepi gunung bersalji.

Mungkin di Boracay anda boleh cuba makan nasi dagang di tepi laut pula?

Setelah berjaya menjadikan nasi lemak Pak Nasir sebagai hidangan pilihan ramai sewaktu di awan biru, AirAsia kini memperkenalkan ‘Santan’ sebagai menu terkini mereka yang terdiri daripada nasi dagang dan dodol.

Ini merupakan salah satu daripada usaha AirAsia dalam memperkenalkan hidangan Malaysia ke setiap destinasi penerbangan mereka. Harga prebook via AirAsia web: RM14 untuk pakej nasi dagang dan dodol.

Saya dah cuba sewaktu dalam penerbangan ke Boracay. Memang sedap.

airasia_edited

33. Dan akhir sekali, AirAsia terbang ke Kalibo 7 hari seminggu tanpa henti. Yang anda perlu lakukan adalah dapatkan tiket dan terbang ke sana untuk nikmati pantai yang cantik ini!

Baca lagi: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram